Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Isteri Rancang Pembunuhan Suami Yang Buta Demi Mendapatkan Harta

today21 October 2020

Background

Siapa sangka, seorang wanita sanggup merancang pembunuhan suaminya yang buta semata-mata ingin mendapatkan harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta. Tragedi berdarah itu berlaku pada 1 Oktober lalu di mana si isteri sanggup mengupah adik lelakinya untuk melakukan pembunuhan itu. Kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Chua, Kajang itu akhirnya membawa kepada satu kes pembunuhan seorang ahli perniagaan.

Namun, rahsia rancangan pembunuhan itu tidak berjaya disimpan apabila ia terbongkar pada Sabtu lalu selepas wanita berusia 45 tahun berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuatnya yang mendakwa suaminya mati selepas disamun individu tidak dikenali di hadapan rumah mereka. 

Rancangan Bunuh ‘Kantoi’ Sebelum Sempat Merasa Harta

Menurut laporan, semasa hari kejadian, seorang individu tidak dikenalinya telah datang di perkarangan rumah mangsa lalu bertindak memukul kepalanya menggunakan tukul besi. Lelaki terbabit turut melarikan rantai yang dipakai mangsa. Susulan kejadian, mangsa dimasukkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Image via:https://www.kosmo.com.my/

Sejurus itu, isteri kepada mangsa membuat laporan polis dan menyatakan suaminya mati dipukul penyamun. Tetapi pihak polis mendapati wujud keraguan dalam laporan yang dibuat oleh isteri pertama mangsa. Pihak polis kemudian memberkas wanita itu bagi membantu siasatan.

Selepas direman selama tujuh hari, akhirnya si isteri mengaku telah merancang pembunuhan suaminya itu bagi mendapatkan harta. Dia turut mengaku mengupah adik lelakinya untuk menjayakan rancangannya dan sebahagian harta milik mangsa sebagai bayarannya.

Menurut sumber, jika rancangannya berjaya, suspek akan mendapatkan harta termasuk aliran tunai milik suaminya yang berjumlah lebih RM2 juta termasuk RM800,000 daripada insurans kematian mangsa. Tapi nampaknya rancangan wanita itu akan dibicarakan terlebih dahulu di mahkamah.

Si Isteri Simpan Bukti Bunuh Di Kedai Mangsa

Difahamkan, mangsa merupakan seorang ahli perniagaan berusia 59 tahun yang memiliki perniagaan lori dan besi buruk. Kecacatan penglihatan itu pula dialaminya sejak 20 tahun lalu ekoran penyakit genetik keluarga. Mangsa juga dikatakan mempunyai dua isteri dan enam orang anak berusia dalam lingkungan belasan tahun dan 20-an.

Dilaporkan juga adik lelaki kepada si isteri berusia 42 tahun itu ditahan pihak polis di kawasan Kajang pada Ahad lalu. Wanita itu pula dikatakan turut membawa pihak polis ke sebuah kedai besi buruk milik suaminya yang mana ia membawa kepada penemuan senjata yang digunakan ketika kejadian. Kes disiasat mengikut Sek­syen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek akan dihadapkan ke mahkamah.

Baca juga artikel menarik lain:

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

Wanita Bunuh Teman Lelaki Untuk Berkahwin Dengan Bapa Kandung!

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo!

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Anak Menangis Minta Bela Haiwan Peliharaan ‘Rare’, Pening Kepala Ibu Mendengarnya

Pada mulanya si ibu cuba untuk menawarkan untuk si anak membela arnab sebagai haiwan peliharaan namun, cadangan itu ditolak.Sambil menangis teresak-esak si anak meminta dijadikan 'babi' sebagai haiwan peliharaan buat dirinya.Permintaan kanak-kanak itu membuatkan si ibu terkejut mendengar sambil berkata binatang berkenaan tidak boleh dibela kerana mereka beragama Islam."Babi tak boleh bela, nanti dia gigit," katanya.Lihat video penuh di bawah... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *