Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Jijik! Lelaki Lakukan Gangguan Seksual Di Tempat Cuci Kereta

today9 December 2020

Background

Seorang lelaki yang dipercayai warga asing telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di salah sebuah pusat mencuci kenderaan di Jalan Kebun, Seksyen 32, Shah Alam. Video rakaman CCTV tersebut telah tular di media sosial telah mendapat perhatian netizen dan ramai berasa jijik dengan tindakannya.

Dalam video tersebut, jelas lelaki berkenaan telah melakukan gangguan seksual terhadap wanita yang sedang sibuk mengemas keretanya dan mengeluarkan alas kaki tempat duduk penumpang belakang sebelum mengambil vakum untuk membersihkan bahagian tersebut.

Lelaki tersebut datang dari belakang dengan membawa telefon bimbit di tangan kanan, manakala tangan kiri pula memegang alat kemaluannya yang terkeluar dari seluar, menghampiri belakang mangsa sambil merakam adegan jijiknya itu.

Selepas beberapa saat kemudian, wanita tersebut mengundurkan diri sedikit dan merasakan ada ‘sesuatu’ di belakangnya lalu berpaling dan terkejut apabila melihat kehadiran lelaki itu. Selepas kantoi, lelaki itu hanya mengangkat tangan seakan meminta maaf kepada wanita tersebut.

Dipercayai wanita tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Oleh itu, golongan wanita dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling apabila berada di tempat awam. Sekiranya mampu, bekalkan diri dengan alat penyembur lada bagi melindungi diri dari menjadi mangsa kepada lelaki gila seks.

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Ini Yang Anda PERLU Lakukan Jika Mengalami Gangguan Seksual!

Wardina Bidas Kenyataan Fynn Jamal “Rogol Adalah Salah Wanita”

 

 

 

Sumber: Facebook Mohd Kamal

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *