Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Jom Undi Nicol David! Satu-Satunya Atlet Dicalonkan Dari Asia

today15 January 2021

Background

The World Games merupakan acara multi-sukan yang diadakan setiap empat tahun oleh International World Games Association dengan sokongan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Sukan Dunia ini diadakan selama 11 hari, dengan lebih kurang 30 sukan rasmi dalam program ini. Aktiviti ini bermula pada Khamis 7 Julai 2022 sehingga Ahad 17 Julai 2022.

Image may contain: text that says "2022 World Games will begin on Thursday, July and ends on Sunday, 17 July"

Malah, pihak mereka membuka satu bahagian untuk orang ramai terlibat bagi memberi mata undian dalam buruan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia (Greatest Athlete of All Time).

Salah seorang atlet negara Malaysia yang terpilih adalah Ratu Squasy, Datuk Nicol David. Beliau yang akan bersaing undian bersama 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun (1981 – 2017) temasya sukan itu.

No photo description available.

Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia turut meminta orang ramai beramai-ramai menyumbangkan undian kepada pemegang takhta pemain sukan skuasy nombor satu dunia selama sembilan tahun itu menerusi laman rasmi akaun twitter mereka.

Untuk mengundi, boleh klik saja di sini.

Setakat artikel ini ditulis, Nicol kini berada berada di tempat teratas meninggalkan ramai pemain dengan jumlah 182,342 ribu undian.

Jangan terlalu selesa, kekalkan beliau di nombor satu tertinggi. Jangan lupa undi okay untuk naikkan nama Malaysia ke persada dunia!

Image may contain: text that says "Nicol David MAS Squash 182342 votes"

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Datuk Nicol David

Viral! Wanita Bersiap Pakai Baju Cantik Dan Makeup Hanya Untuk Buang Sampah

 

 

 

Sumber: kbsmalaysia

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Kecoh Situasi ‘Banjir’ Di Thailand Tular Gara-Gara Air Jernih Macam Kristal. Wow!

Jika diteliti secara dekat, kesemua gambar-gambar itu telah disunting menjadikan airnya kebiruan. Ikutkan logik, mana ada air banjir jernih macam air laut bukan?Seperti biasa, warganet menjalankan tugas untuk menyiasat setiap inci gambar tersebut dan mendapati beberapa keping foto jelas disunting. Antaranya ialah kaki seorang lelaki yang tidak nampak dalam air walaupun airnya konon jernih.

today15 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *