Isu perkhidmatan servis penghantaran J&T Express belum lagi reda, kini timbul pula perkhidmatan kenderaan bergerak, Grab yang ditipu oleh pelanggan.
Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna twitter, @meccaelbernardi yang memuat naik perbualan dia bersama seorang pemandu Grab tentang pelanggan tidak membayar perkhidmatannya.
Menurutnya, dia mempercayai bahawa pelanggannya akan masuk ke rumah untuk ambil duit tambang. Malangnya pelanggan tersebut tidak datang kembali untuk memberikan duit tambang.
Allahu.
kesian Encik Grab.sabar ye.
❤️
semoga kamu yang bawa grab car turut berwaspada.selamat pagi. pic.twitter.com/73IDruuBKE
— Mummy Elle i am not influencer/twitfamous🇲🇾+🇵🇭 (@meccaelbernardi) February 8, 2021
Apabila diminta untuk membuat laporan, ini jawapan dari pemandu tersebut.
Malah, ada juga yang membalas ciapan posting tersebut dengan mengatakan boleh membuat laporan pada pihak Grab sendiri dan nanti pihak mereka akan pulangkan semula wang kerugian tersebut.
Mummy elle, dia boleh report dengan grab. Kalau customer tak nak bayar. Nanti grab akan ganti balik duit dia make sure dia buat report dengan grab https://t.co/Ip4LTHEGyv
— adèn (@mohamaddaniel07) February 9, 2021
Tak apalah, percayalah bahawa lambat laun perbuatan jahat akan mendapat balasan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut.
Budak Grab #AbangKayuhSelagiBoleh Dapat Hadiah Dari Pak Nil
Graduan UiTM Jadi Runner RM1 Lepas Penat Menganggur, Tolak Jadi Rider GrabFood Sebab…
Sumber: twitter
Post comments (0)