Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kawan-Kawan ‘Buang’ Sebab Positif COVID-19

today17 November 2020

Background

Sejak kebelakangan ini berita tentang kes bunuh diri dalam kalangan pesakit COVID-19 semakin meningkat. Sampaikan baru-baru ini ada yang cuba membunuh diri tapi gagal apabila tersangkut di bumbung tingkat tiga.

Mungkin disebabkan rasa diri sudah ‘kotor’ kerana dihinggapi virus berbahaya tersebut atau merasakan tiada apa lagi untuk meneruskan hidup.

Namun lain pula dengan satu perkongsian salah seorang pengguna Facebook yang ingin dikenali sebagai Malai More, menerusi satu video pendek yang menyedihkan.

Menurutnya, seorang lelaki mengadu nasib pada pihak klinik kerana dikatakan dihalau rakan-rakannya selepas mereka mengetahui dirinya disahkan positif COVID-19.

“Saya mendekati pesakit tersebut dan beri dia makan minum tapi dia tak lalu nak makan kerana rasa terlalu sedih dibuang rakan sampai merasakan inilah penghujung hidupnya,”

Ceritanya lagi, malam kejadian selepas dihalau rakan-rakannya lelaki tersebut tidak tahu ke mana harus dituju dan di mana untuk tidur.

Nasib menyebelahi lelaki tersebut apabila segalanya dipermudahkan. Salah seorang pegawai di klinik tersebut berjaya meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mempercepatkan proses untuk menghantar lelaki tersebut ke hospital untuk rawatan.

Kesimpulan di sini, berhentilah memandang serong kepada pesakit COVID-19 kerana tiada siapa ingin dijangkiti wabak berbahaya ini. Bagilah sokongan moral untuk mereka berusaha kembali pulih.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

Penemuan Vaksin COVID-19 Hasil Kerjasama Pasangan Saintis Dari Turki

Pejabat Kesihatan Minta Henti Sebar Nama Pesakit COVID-19

 

 

 

 

Sumber: malaimore

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

46 ahli sindiket, anggota Jabatan Imigresen tumpas [METROTV]

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah membabitkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cop keluar dan masuk sempadan utama negara dalam operasi besar-besaran bermula lewat petang semalam. Menurut sumber, operasi khas yang dinamakan OPS SELAT ini adalah 'sting operation' yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). "Risikan dan pemantauan dibuat selama enam bulan ke atas ahli-ahli sindiket yang beroperasi di... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *