Boleh dikatakan semasa kita menjadi seorang pelajar memang sudah menjadi impian kita untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Itulah harapan ibu bapa kita juga agar kita dapat menjamin masa depan yang lebih cerah. Rakan-rakan pula pasti akan tumpang gembira sekiranya kita mendapat keputusan yang cemerlang. Namun, tak kurang juga ramai yang cemburu dengan kecemerlangan kita. Tapi selalunya ia sekadar cemburu jelah dan mungkin menjadi pemangkin untuk mereka berjaya juga.
Bagaimanapun, tiada siapa yang sangka bahawa memperoleh keputusan yang cemerlang juga mampu meragut nyawa seorang pelajar. Itulah satu kes yang berlaku di Alexandria, Mesir apabila tiga remaja perempuan sanggup meracun pelajar terbaik kelas mereka hanya kerana cemburu dengan kecemerlangannya.
Menurut laporan, tiga suspek itu didakwa meletakkan racun dalam sepotong kek mangsa berikutan cemburu dengan markah tertinggi diperoleh mangsa dalam peperiksaan. Mangsa yang maut, Israa Kamal Awadh sememangnya cukup dikenali dengan pencapaian akademik cemerlang di sekolah itu. Namun, keputusan yang cemerlang itu ternyata mengundang rasa cemburu tiga remaja ini sehingga mereka sanggup merancang plot untuk meracun mangsa.
Semasa awal kematian mangsa, pihak berkuasa merasakan sesuatu yang mencurigakan kerana mangsa dilaporkan tidak mempunyai sebarang penyakit. Justeru, pendakwaan awal mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa dan hasil bedah siasat membawa penemuan mengejutkan apabila mangsa disahkan meninggal dunia akibat diracun. Pendakwa raya Alexandria seterusnya memutuskan untuk menahan tiga pelajar itu selama empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Dalam pada itu, menurut laporan media tempatan, enam pelajar sekolah dilaporkan memakan kek tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiga daripada mereka, termasuk Israa, bagaimanapun dilaporkan mengalami muntah-muntah dan keletihan sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Amiri untuk dirawat. Israa kemudian dilaporkan meninggal dunia di hospital, sementara pelajar kedua mengalami kegagalan buah pinggang dan seorang lagi pelajar terselamat.
Baca juga artikel menarik lain:
The Anguished Man, Lukisan Paling Berhantu Di Dunia…
Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Milik Nicol Ann David!
Sumber daripada: Harian Metro
Post comments (0)