Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kerana Cemburu Dengan Markah Cemerlang, Tiga Remaja Sanggup Racun Rakan Sekelas Sehingga Maut

today2 February 2021

Background

Boleh dikatakan semasa kita menjadi seorang pelajar memang sudah menjadi impian kita untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Itulah harapan ibu bapa kita juga agar kita dapat menjamin masa depan yang lebih cerah. Rakan-rakan pula pasti akan tumpang gembira sekiranya kita mendapat keputusan yang cemerlang. Namun, tak kurang juga ramai yang cemburu dengan kecemerlangan kita. Tapi selalunya ia sekadar cemburu jelah dan mungkin menjadi pemangkin untuk mereka berjaya juga.

Bagaimanapun, tiada siapa yang sangka bahawa memperoleh keputusan yang cemerlang juga mampu meragut nyawa seorang pelajar. Itulah satu kes yang berlaku di Alexandria, Mesir apabila tiga remaja perempuan sanggup meracun pelajar terbaik kelas mereka hanya kerana cemburu dengan kecemerlangannya. 

Menurut laporan, tiga suspek itu didakwa meletakkan racun dalam sepotong kek mangsa berikutan cemburu dengan markah tertinggi diperoleh mangsa dalam peperiksaan. Mangsa yang maut, Israa Kamal Awadh sememangnya cukup dikenali dengan pencapaian akademik cemerlang di sekolah itu. Namun, keputusan yang cemerlang itu ternyata mengundang rasa cemburu tiga remaja ini sehingga mereka sanggup merancang plot untuk meracun mangsa.

Semasa awal kematian mangsa, pihak berkuasa merasakan sesuatu yang mencurigakan kerana mangsa dilaporkan tidak mempunyai sebarang penyakit. Justeru, pendakwaan awal  mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa dan hasil bedah siasat membawa penemuan mengejutkan apabila mangsa disahkan meninggal dunia akibat diracun. Pendakwa raya Alexandria seterusnya memutuskan untuk menahan tiga pelajar itu selama empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. 

Dalam pada itu, menurut laporan media tempatan, enam pelajar sekolah dilaporkan memakan kek tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiga daripada mereka, termasuk Israa, bagaimanapun dilaporkan mengalami muntah-muntah dan keletihan sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Amiri untuk dirawat. Israa kemudian dilaporkan meninggal dunia di hospital, sementara pelajar kedua mengalami kegagalan buah pinggang dan seorang lagi pelajar terselamat.

 

Baca juga artikel menarik lain:

The Anguished Man, Lukisan Paling Berhantu Di Dunia…

Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Milik Nicol Ann David!

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Anak Baru 4 Bulan Lahir Tapi Dah ‘Hamil’ Lagi, Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan

Ada pasangan yang mahukan ramai anak, dan ada juga yang merancang untuk mempunyai cuma dua atau tiga orang anak saja.Namun, setiap pasangan digalakkan untuk membuat family planning agar jarak umur antara anak tidak terlalu dekat.Hal ini kerana ramai yang berpendapat bahawa ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang yang cukup buat setiap anak yang lahir sekurang-kurangnya dua tahun, barulah merancang untuk zuriat seterusnya.Tetapi lain pula kisahnya dengan wanita ini apabila dia... […]

today2 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *