Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kerana Malas Datang Kerja, Sanggup Tipu Majikan Diri Diculik

today26 February 2021

Background

Mungkin ada masa bila kita dah terlalu lama bekerja tanpa ambil cuti tahunan, kita akan rasa penat dan macam malas nak pergi kerja. Bila dah malas tu, kita pun ambil jelah cuti tahunan yang masih berbaki tu. Tapi, ada je yang ponteng kerja dan bagi pelbagai alasan ‘kecemasan’ untuk tak datang kerja. Cuma alasan-alasan yang biasa diberi tu adalah normal seperti kereta rosak, demam panas dan lain-lain.

Image via:https://www.nytimes.com/

Bagaimanapun, ada juga yang sanggup tipu majikan dengan memalsukan kes penculikan sendiri kerana malas datang bekerja. Menurut laporan, lelaki yang dikenali dengan nama Brandon Soules mendakwa dirinya diculik oleh dua orang penjenayah bertopeng. Disebabkan itu, dia yang bekerja di sebuah kilang membuat tayar memberitahu majikannya yang dia tidak dapat datang kerja ekoran insiden tersebut.

Penipuan Sendiri Akhirnya Kantoi

Soules ditemui di Coolidge pada 17 Februari lalu oleh pihak berkuasa dalam keadaan tangan diikat menggunakan tali pinggang manakala mulut disumbat dengan kain. Dia memberitahu pihak polis bahawa dirinya telah dipukul di kepala sehingga tidak sedarkan diri, lalu dia disumbat ke dalam sebuah kereta sebelum ditinggalkan berdekatan menara air.

Image via:https://www.nytimes.com/

Bagi mengukuhkan lagi cerita motif pembunuhan, dia yang tinggal di bandar Phoenix, Arizona, mendakwa dirinya diculik kerana bapanya memiliki sejumlah wang simpanan di beberapa lokasi bandar itu. Memang teliti penipuannya itu bagi menyakinkan pihak polis. Bagaimanapun, pihak polis tetap meragui jalan cerita Soules selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Lelaki tersebut kemudian dipanggil untuk proses soal siasat kali kedua.

Ingatkan masih nak teruskan penipuannya, namun akhirnya Soules mengaku bahawa dia sengaja mereka cerita penculikannya itu. Bila ditanya apa tujuan dia melakukan perkara tersebut, Soules mengatakan dia hanya ingin ponteng kerja ketika hari ‘penculikan’ itu berlaku.

“Siasatan terperinci dijalankan detektif kami dan menemui bukti menunjukkan ceritanya adalah rekaan dan tiada penculikan atau serangan berlaku,” tulis kenyataan jabatan polis Coolidge di laman Facebook.

Gara-gara tindakannya yang tidak berfikir panjang itu, Soulnes akhirnya ditahan kerana membuat laporan polis palsu. Dia juga turut dipecat oleh majikannya. Nampaknya lepas ni dia boleh bercuti lebih lama daripada yang sepatutnya selepas dah tak bekerja lagi.

Baca juga artikel menarik lain:

Lepas Bersara Pun Ada Risiko Untuk Muflis? Ikut Pesanan Pakar Ini

Anak Mawar Rashid Dikatakan ‘Gelap, Tak Comel’, Netizen Hujani Ruangan Komen Backup Baby

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

“Terima Kasih Abang Bomba” – Semangat Nak Keluar, Sekali Lupa Kunci Tertinggal Dalam Rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu baru saja menutup pintu rumahnya sebelum ingin membuka pagar di depan.Namun, dia tiba-tiba akhirnya menyedari bahawa kunci rumahnya itu tertinggal di dalam. Apa yang lebih malang, wanita itu sekali gus terperangkap di antara pintu rumah dan pagar.Selepas hampir satu jam terperangkap, wanita berkenaan akhirnya menghubungi suaminya supaya datang membantu. Si suami tergelak apabila melihat si isteri yang terpaksa berpanas dan duduk di celah... Klik untuk […]

today26 February 2021