Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kerana Nafsu, Budak Lelaki 2 Tahun Dicabul Oleh Ibunya

today1 February 2021

Background

Di Malaysia, kita dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai telah didera dan dibunuh oleh ibu kandungnya. Di Bolo, Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pula, seorang ibu telah ditahan akibat didakwa mencabul anak lelakinya sendiri yang berusia dua tahun.

Berdasarkan laporan, si ibu yang berusia 43 tahun ini telah mencabul anaknya dengan memberi alasan tidak dapat menahan ‘nafsunya’ ketika suami tiada di rumah. Namun, yang lebih mengejutkan terdapat video yang menunjukkan tindakannya itu tetapi tidak pasti siapa dan untuk apa ia dirakamkan.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Nusa Tenggara Barat, Artanto, pihaknya telah menerima laporan dari suami kepada wanita itu setelah terkejut melihat ada rakaman video yang menunjukkan isterinya mencabul mangsa. Katanya, si suami terkejut dan takut dengan perlakuan isterinya itu serta rasa kesian kepada anaknya yang masih kecil terpaksa melalui peristiwa ngeri ini.

Tambah Artanto, video yang diberikan oleh suami kepada pihaknya dipercayai diperoleh dari anak pertama pasangan suami isteri tersebut. Hasil siasatan, suspek yang merupakan isteri kedua dan perbuatan tidak bermoral itu telah dilakukan oleh wanita tersebut hanya kerana nafkah batinnya tidak dipenuhi.

Difahamkan suspek kini bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan boleh dihukum penjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut. Peristiwa yang besar seperti ini memberi kesan kepada kehidupan mangsa iaitu anaknya, oleh itu identiti mangsa harus dilindungi daripada diketahui orang ramai kerana risau akan impak kepada masa depannya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa Nak Buat Jika Anak Kita Dicabul?

Konon Nak Rawat, Tapi ‘Ustaz’ Cabul Pesakit

 

 

 

 

Sumber: The Reporter

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Ekonomi dan kesihatan harus seimbang- Ismail Sabri

Gombak: Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sudah mencecah empat angka, kerajaan perlu memastikan rakyat dilindungi namun pada masa sama mempunyai pendapatan untuk meneruskan hidup. Menurutnya, apabila sektor ekonomi ditutup sepenuhnya dalam PKP pasti ramai yang terjejas khususnya... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *