Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lagi Bank & Sekolah Ditutup Sebabkan COVID-19

today7 October 2020

Background

Sejak Mac lalu, semalam adalah kes baru tertinggi yang pernah Malaysia catatkan sepanjang dunia melalui musim wabak berbahaya ini.

Angka dilaporkan adalah sebanyak 691 kes dan in sudah cukup membuatkan seluruh warga Malaysia takut dan bimbang dengan keselamatan diri, orang terdekat dan keluarga.

Terbaru, sekolah di Petaling Jaya dan bank tempatan di Sungai Buloh diarahkan tutup serta-merta berkaitan dengan isu COVID-19.

Menurut satu ciapan twitter, Pengarah Pendidikan Selangor mengesahkan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya positif Covid-19 Guru itu kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di Kelantan.

Guru itu telah menjalani kuarantin diri sendiri sejak 30 September lalu. Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C,2K, 2B & 21 juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian swab,” jelas Redzuan menerusi laman akaun twitter miliknya.

Manakala, Agrobank cawangan Sungai Buloh salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19. Justeru, bank ditutup serta-merta mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak.

Dalam pada masa sama juga, kakitangan bank diarah menjalani kuarantin selama 14 hari dan ujian swab.

Menakutkan kalau difikirkan semula. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Paling penting, duduk rumah, keluar bila perlu dan ikutlah SOP yang telah ditetapkan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Berita Baik! Kerajaan Umum BPN 2.0

Bayi Berumur 1 Tahun Maut Akibat Covid-19, Malaysia Catat 691 Kes Positif Hari Ini

 

 

 

 

 

Sumber: twitter 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

PKPB Di 3 Daerah Di Sabah Bermula 9 Oktober & Selangor Bermula 14 Oktober Ini

Keputusan ini dipersetujui selepas daerah-daerah tersebut mencatatkan peningkatan kes Covid-19 yang tinggi dan dikatakan sebagai zon merah.Menurut sumber, PKPB ini juga membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Pergerakan keluar masuk di empat daerah ini adalah tidak dibenarkan.Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) adalah dibenarkan. Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan senaraikan jenis... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today7 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *