Tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi samseng dua remaja yang membuli seorang remaja lelaki. Ia dikatakan berlaku di sebuah taman rekreasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil yang membabitkan lima remaja lelaki. Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, dilihat seorang mangsa dimarahi oleh remaja berbaju putih. Ia dipercayai berpunca dari perselisihan faham antara mereka.
Tidak cukup dengan marah, remaja berbaju putih itu turut bertindak ganas dengan menampar dan menyepak bahagian kepala mangsa beberapa kali. Namun sepanjang tempoh itu, mangsa dilihat tidak melawan semula dan seperti terpaksa membiarkan dirinya dipukul.

Selepas tular video tersebut, pihak polis memaklumkan mereka sudah menerima laporan berhubung kejadian buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga di PPR tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa semalam dan kini kertas siasatan berhubung kejadian tersebut dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Baca juga artikel menarik yang lain:
Usah Menolak Bekas Banduan, Perbetul Persepsi Masyarakat Terhadap Mereka
Tokan Dadah Insaf, Kini Imam Surau Sepenuh Masa
Sumber daripada: Harian Metro
Post comments (0)