Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Leka Tonton Netflix Sehingga Menyebabkan Kematian Anak Yang Ditinggalkan Dalam Kereta

today2 December 2020

Background

Kejadian cuai meninggalkan anak sendirian dalam kenderaan sehingga membawa maut bukanlah kes yang baharu. Ianya kerap juga berlaku termasuk di negara kita sendiri. Namun sepasang kekasih dari Australia ini didakwa telah menyebabkan kematian anaknya yang ditinggalkan di dalam kereta kerana terlalu leka menonton drama di Netflix. Kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia kerana sesak nafas.

Image via:https://nypost.com/

Menurut laporan, ibunya, Laura Black (37 tahun) dan teman lelakinya, Aaron Hill (29 tahun) dituduh gagal menyedari Rylee Rose Black yang berumur 3 tahun yang masih berada dalam kereta di luar rumah mereka di Townsville, Australia. Pada ketika itu dilaporkan suhu meningkat hingga 33 darjah Celsius ketika Rylee ditinggalkan selama beberapa jam di dalam kereta tersebut.

Image via:https://nypost.com/

Kanak-kanak malang itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Townsville. Berdasarkan laporan awal, kenderaan mereka didakwa diletakkan di ruang parkir di jalan masuk sejak pukul 9 pagi. Rylee kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi bayi yang diletakkan di tempat duduk belakang kenderaan milik pasangan itu.

Sempat Bertengkar Sebelum Kejadian, Sampai Lupa Pasal Anak…

Dikatakan ketika kejadian, Ibu kepada kanak-kanak itu dan teman lelaki baharunya bertengkar di jalan masuk luar rumah mereka selepas pulang dari menghantar tiga lagi anak perempuannya ke sekolah. Rylee pada ketika itu dikatakan terlelap di tempat duduk belakang. Pasangan itu kemudian masuk ke rumah dan menonton rancangan drama di Netflix dan terlupa mengenai Rylee yang masih berada dalam kereta.

Image via:https://www.thesun.co.uk/

Pasangan itu mendakwa mereka hanya menyedari Rylee masih berada dalam kereta apabila keluar semula untuk mengambil semula anak-anak mereka dari sekolah.  Tapi malangnya mereka sudah terlambat kerana Rylee sudah tidak sedarkan diri.

Kedua-dua pasangan tersebut kemudian ditahan polis semasa di hospital dan menghabiskan masa hujung minggu dalam lokap sebelum dibenarkan keluar dengan ikat jamin. Mereka bagaimanapun menyatakan insiden tersebut adalah tidak disengajakan. Selain adik beradik Rylee yang pasti merasai kehilangannya, Rylee turut meninggalkan bapa kandungnya yang dikenali dengan nama Pete. 

Baca juga artikel menarik lain:

Terima ‘Hukuman’ Makan Najis Kerana Mencabul Gadis Bawah Umur

Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah

 

 

 

 

 

Sumber berita: Utusan Malaysia

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Bunuh cucu: Isteri warga Nigeria dibenarkan pulang

Kuala Lumpur: Wanita yang cedera dipukul suami yang juga warga Nigeria di Apartmen Villa Danau, Setapak, di sini, pada 29 November lalu sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dua lagi anaknya berusia 8 dan 29 tahun masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Mangsa yang dibenarkan pulang masih dalam keadaan trauma disebabkan kejadian. Siasatan lanjut masih berjalan," […]

today2 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *