Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lelaki Bangsa China Menang Pertandingan Seni Tulisan Khat

today3 November 2020

Background

Tulisan jawi semakin dilupakan dari tahun ke tahun. Buktinya tak ramai generasi milennial mahir membaca tulisan ini.

Namun, berbeza dengan dengan seorang guru lelaki berbangsa Cina, Ong Ma Vin yang minat dengan seni tulisan khat dan jawi.

Kecederungan meminati tulisan khat dan jawi telah berjaya membuahkan hasil apabila guru Bahasa Inggeris di Bayan Lepas ini memenangi Anugerah Khas Pertandingan Seni Khat Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

Sehingga kini dia masih tidak menyangka memperoleh anugerah berkenaan memandangkan baru dua bulan mempraktikkan dalam penulisan khat dan mengenali huruf Jawi secara asas.

Katanya, dia mula meminati seni tulisan khat dan jawi sejak tahun lalu dan mahu mempelajarinya kerana merasakan ia sesuatu yang menarik.

Sumber: bh

“Saya menggunakan platform media sosial untuk belajar. Perlahan-lahan saya berlatih sehinggalah saya menemui mengenai pertandingan yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Apa yang mengejutkan pertandingan itu terbuka kepada semua yang mana bukan Islam juga boleh menyertainya lalu saya terus bertanyakan kepada seorang rakan guru Pendidikan Islam yang banyak membantu saya,” katanya ketika ditemui.

Ma Vin yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kumbar berkata, rakan gurunya Irsaili Rafifi Ismail banyak membantunya dan mengajar mengenali tulisan jawi serta mempraktikan penulisan khat.

Sumber: bh

“Saya bersyukur hasil tunjuk ajar rakan, saya terpilih memenangi pertandingan itu. Selepas ini, Saya akan teruskan untuk lebih mengenali huruf Jawi bagi memudahkan menghasilkan seni khat selain menjadikan ia sebagai motivasi kepada semua untuk mempelajari perkara baru,” katanya.

Jelasnya, sebanyak empat helai kertas seni khat dihasilkan sebelum dipilih bersama rakannya itu untuk dihantar bagi menyertai pertandingan berkenaan.

Ma Vin menerima hadiah wang tunai dan dapat berbual melalui panggilan video bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri simbolik majlis penyerahan hadiah pertandingan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cadang naik elaun guru agama kepada RM900

Lelaki Ini Berbelanja Tanpa Guna Duit Selama 36 Tahun!

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

KVK bangkit ikat Zulte tanpa Luqman

Kuala Lumpur: Jaringan penalti, Ilombe Mboyo pada masa kecederaan menyelamatkan KV Kortrijk (KVK) daripada kekalahan apabila berjaya mengikat Zulte Waregem 1-1 di Stadium Regenboog, semalam. Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang terpaksa diketepikan ekoran kecederaan hamstring menyaksikan KVK terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas lawan mendahului menerusi Tomas Chory pada minit ke-77. Satu mata yang diraih itu sememangnya cukup berharga apatah lagi ia dilakar di... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today3 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *