Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lelaki Cuba Rogol Mayat Gadis Idaman, Penuhi Keinginannya Buat Kali Terakhir

today11 January 2021

Background

Jijik, tapi ini benar berlaku! Kejadian yang berlaku di Zimbabwe ini telah membuatkan ramai merasakan lelaki ini tidak siuman kerana tidak menghormati mendiang dan keluarganya. Lebih mengejutkan apabila lelaki tersebut melakukan cubaan merogol itu ketika majlis pengebumian sedang dilangsungkan.

Menurut laporan, lelaki yang bernama Big Sipiliano berusia 49 dan rakannya dipercayai telah mengganggu majlis pengebumian Melisa Mazhindu sempat dihalang oleh keluarga mendiang sebelum tindakannya kejinya itu dilakukan. Sipiliano dan rakannya itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

Difahamkan, Sipiliano telah masuk ke bilik mayat Melisa Mazhindu diletakkan dan kemudian menindih mayat Melisa untuk cuba melakukan hubungan intim di hadapan keluarga Melisa sementara rakannya menjaga pintu untuk menghalang keluarga Melisa masuk ke dalam bilik berkenaan.

Apabila kantoi perbuatan jijiknya itu, Sipiliano menerangkan bahawa dia sebenarnya sangat menyayangi Melisa dan turut bersedih apabila wanita itu meninggal dunia sebelum mereka sempat melakukan hubungan intim. Sebelum ini Sipiliano pernah memberitahu ibu Melisa iaitu, Phillipa yang dia teringin meniduri anak perempuannya berusia 20 tahun itu.

Menurutnya, walaupun Melisa sudah meninggal dunia, tiada salahnya untuk dia memenuhi keinginannya melakukan hubungan intim buat kali terakhir. Apabila ahli keluarga Melisa berjaya masuk ke dalam bilik tersebut, mereka terus cuba mengheret dua lelaki itu keluar dan dibantu beberapa tetamu lain menghalau Sipiliano dan rakannya dari majlis tersebut.

Sipiliano dan rakannya kemudian direman sehingga 8 Februari atas dakwaan menyerang dan cuba melakukan hubungan intim dengan mayat.

Baca juga:

Nafsu Gila! Seorang Lelaki Rogol Mayat Positif COVID-19

Budak 7 Tahun Diculik, Dirogol Dan Dibunuh Untuk Upacara Ilmu Hitam

 

 

 

 

 

 

Sumber: H-Metro.co

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Bask Bear Coffee miliki 100 outlet yang beroperasi secara maya

Sembang Korporat Impak pandemic Covid-19 telah memberi keajaiban luar biasa buat Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, Bryan Loo, pemilik jenama minuman bubble tea popular di Malaysia, Tealive, untuk meluaskan rangkaian perniagaan Bask Bear Coffee (BBC) secara maya ekoran trend tempahan makanan dan minuman secara online oleh masyarakat semakin bertambah. Mengambil peluang daripada aset sedia ada Tealive, BBC beroperasi secara maya dan tempahan menu hanya boleh dibuat secara online di... Klik […]

today11 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *