Zaman sekarang ni, bahaya kalau dibiarkan anak seorangan tanpa pemantauan orang dewasa.
Kejadian kejam berlaku melibatkan budak perempuan berusia 11 dan 9 tahun. Seorang lelaki didakwa merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun sehingga hamil sebelum dipercayai menculik seorang lagi budak perempuan berusia 9 tahun untuk dibawa lari bersama.
Kejadian ini telah mengejutkan tiga wilayah di Amerika Syarikat (AS) dan menggesa beberapa agensi bekerjasama untuk menjejaki suspek bernama Mynor Leonel Jeronimo-Velasquez, 31.
Pihak polis mempercayai suspek telah merogol mangsa di Tennessee sebelum melarikan diri ke Florida.
Selepas itu, suspek telah dilihat berada di Stuart, Florida bersama seorang kanak-kanak perempuan lain berusia 9 tahun.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang dari Tennessee diselamatkan pihak polis dan dikembalikan kepada keluarganya.
Ketika pihak polis melawat kanak-kanak tersebut di rumah, mereka telah dapati kanak-kanak tersebut sedang mengandung 8 bulan.
Suspek dipercayai ditahan atas dua kesalahan iaitu merogol kanak-kanak bawah 13 tahun dan juga telah menyebabkan mangsa hamil.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Lari Rumah Gara-Gara 10 Bulan Dirogol Bapa Kandung
Hilang Sifat Manusia! Anak Ditetak Mati Selamatkan Ibu Yang Dirogol
Sumber: Daily Star
Post comments (0)