Baru-baru ini tular dengan ciapan di twitter tentang kematian lebih 50 ekor burung pipit di kawasan tanaman padi akibat tuan tanah beri makan racun furadan.

Ciapan tersebut membuatkan seorang pengguna twitter, Ruhaimi Rahim membuat perkongsian kisah tentang rencana The Great Leap Forward yang digunakan dalam kempen Four Pests Campaign pada zaman pemerintahan Mao Zedong di China.
Menurutnya, kempen ni diadakan khas untuk menghapuskan empat jenis binatang yang dianggap perosak. Antaranya burung pipit, tikus, lalat dan nyamuk dan mereka menganggap burung pipit dianggap musuh terbesar kepada penanam padi. Lantas arahan untuk ‘kill at sight’ semua burung pipit telah dikeluarkan.
Semasa zaman pemerintahan Mao Zedong di Republik Komunis China, antara benda pertama yg diimplementasikan dalam rencana 'The Great Leap Forward' ialah satu kempen yang diberi nama 'Four Pests Campaign'. https://t.co/iuRP8mOE4R
— Ruhaimi (@remramones) October 21, 2020
Tanpa berlengah, para petani mula menghapuskan semua burung pipit dengan harapan pengeluaran padi akan berlipat kali ganda kerana tiada lagi kerugian yang akan dialami disebabkan burung pipit ini.
Antara kaedah yang digunakan untuk menghapuskan burung ini ialah, merosakkan sarang, menembak, meracun dan juga satu kaedah yang mungkin kedengaran tak masuk akal namun berhasil, mengetuk kuali setiap kali ternampak burung ini supaya burung ini tidak dapat hinggap dan berehat.
Ceritanya lagi, walaupun kaedah ke empat agak tidak masuk akal namun hasilnya menjadi kerana burung pipit jatuh ke tanah seekor demi seekor seperti jet pejuang kamikaze pada zaman perang dunia kedua akibat keletihan.

Apa yang dianggap dapat menginjak jumlah pengeluaran padi kini menjadi igauan ngeri. Sebaliknya serangga seperti belalang kini membentuk kawanan yang sangat besar, sekaligus memakan sejumlah besar tanaman padi. Pengeluaran padi sebaliknya merosot ke tahap ‘all time low’.
Seperti sedia maklum, negara China yang mempunyai populasi yang sangat ramai dan mereka berhadapan dengan krisis kekurangan makanan, sekaligus mengakibatkan kebuluran berskala mega.
Kebuluran itu saja telah mengakibatkan kematian sebanyak 15 hingga 45 juta rakyat China. Semua berpunca atas satu kesilapan saja yang mungkin nampak kecil dan tak signifikan. Sebab itulah manusia perlu peka dan tidak sesekali cuba untuk mengubah kestabilan ekologi.

Begitulah cerita kitaran kehidupan haiwan yang kita tak boleh nak ubah. Pada akhir ciapan Ruhaimi, dia meminta orang ramai mencerna ahli falsafah George Santayana yang ada dalam buku teks sejarah sekolah menengah ‘those who do not remember the past, are condemned to repeat it’.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Burung Kakaktua Menghamburkan Kata-Kata Kesat Kepada Pengunjung?
Tidak Berperikemanusiaan! Kanak-Kanak Dikurung Dalam Sangkar Anjing
Sumber: twitter
Post comments (0)