Antara perkara yang ramai rakyat Malaysia tidak mahu berlaku pada masa sekarang ini adalah ‘total lockdown’ di mana semua sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara. Ini semua adalah kerana kes positif COVID-19 yang semakin hari tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Disebabkan sentimen itu, semalam tular satu laporan yang menyatakan bahawa Malaysia bakal dikenakan perintah berkurung sepenuhnya pasca 4 Februari ini.
Nampaknya media dah mula meniup khabar bersumber yang mengatakan kerajaan ‘mungkin’ melakukan total lockdown pasca 4 Februari jika jumlah jangkitan kes Covid-19 terus tinggi di Malaysia.
Bersediakah kita untuk total lockdown dalam PKP 3.0? pic.twitter.com/TfnguJJiRo
— Izwan Azir Saleh (@IzwanAzirSaleh) January 24, 2021
Memang jelas rata-rata rakyat malaysia tidak mahu ia dilaksanakan kerana bakal menjejaskan sumber pendapatan masing-masing. Bagaimanapun, Dewan Perdagangan dan Industri EU-Malaysia (Eurocham Malaysia) menafikan kerajaan akan melaksanakan total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selepas 4 Februari ini.
Menurut Pengerusi Eurocham Malaysia, Oliver Roche, dalam perbincangan tidak rasmi di antara pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Jumaat lalu, perkara itu tidak disebutkan kementerian tersebut. Tambahnya lagi, surat pekeliling dalaman yang sulit dihantar kepada semua anggota mereka untuk menyampaikan keputusan perbincangan tidak rasmi tentang usaha kerajaan dalam menangani penyebaran COVID-19.

Katanya, perbincangan tidak rasmi dengan MITI bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana komuniti perniagaan dapat memainkan peranan dalam meratakan keluk COVID-19 dan kesan yang boleh berlaku sekiranya mereka tidak memainkan peranan aktif.
Jadi nampaknya khabar angin mengenai total lockdown tu tak benarlah. Memang benar MITI ada menegaskan tentang usaha yang perlu dimainkan oleh komuniti perniagaan untuk membendung peningkatan kes jangkitan, namun tidak menyebut tentang pelaksanaan ‘lockdown’.
Dengan berita tentang kes jangkitan yang banyak berlaku di kilang, tapak pembinaan dan tempat kerja lain, maka usaha ini harus dipandang serius oleh komuniti perniagaan. Harap semua pihak dapat beri kerjasama dan kita pun tak perlu buat dah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baca juga artikel menarik lain:
Kisah Seram Disebalik Lagu ‘Menanti Kekasih’ Yang Dikatakan Berhantu!
[VIDEO] “Peguam Kena Ada Hati Nurani” – Nikita Mirzani Mengamuk Di Kaca TV Isu Nafkah Anak
Sumber daripada: The Edge Market