Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Malaysia Bakal Laksana Total Lockdown?” – EuroCham Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial

today25 January 2021

Background

Antara perkara yang ramai rakyat Malaysia tidak mahu berlaku pada masa sekarang ini adalah ‘total lockdown’ di mana semua sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara. Ini semua adalah kerana kes positif COVID-19 yang semakin hari tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Disebabkan sentimen itu, semalam tular satu laporan yang menyatakan bahawa Malaysia bakal dikenakan perintah berkurung sepenuhnya pasca 4 Februari ini.

Memang jelas rata-rata rakyat malaysia tidak mahu ia dilaksanakan kerana bakal menjejaskan sumber pendapatan masing-masing. Bagaimanapun, Dewan Perdagangan dan Industri EU-Malaysia (Eurocham Malaysia) menafikan kerajaan akan melaksanakan total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selepas 4 Februari ini.

Menurut Pengerusi Eurocham Malaysia, Oliver Roche, dalam perbincangan tidak rasmi di antara pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Jumaat lalu, perkara itu tidak disebutkan kementerian tersebut. Tambahnya lagi, surat pekeliling dalaman yang sulit dihantar kepada semua anggota mereka untuk menyampaikan keputusan perbincangan tidak rasmi tentang usaha kerajaan dalam menangani penyebaran COVID-19.

Image via:https://www.theedgemarkets.com/

Katanya, perbincangan tidak rasmi dengan MITI bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana komuniti perniagaan dapat memainkan peranan dalam meratakan keluk COVID-19 dan kesan yang boleh berlaku sekiranya mereka tidak memainkan peranan aktif.

Jadi nampaknya khabar angin mengenai total lockdown tu tak benarlah. Memang benar MITI ada menegaskan tentang usaha yang perlu dimainkan oleh komuniti perniagaan untuk membendung peningkatan kes jangkitan, namun tidak menyebut tentang pelaksanaan ‘lockdown’. 

Image via:https://www.businesstimes.com.sg/

Dengan berita tentang kes jangkitan yang banyak berlaku di kilang, tapak pembinaan dan tempat kerja lain, maka usaha ini harus dipandang serius oleh komuniti perniagaan. Harap semua pihak dapat beri kerjasama dan kita pun tak perlu buat dah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kisah Seram Disebalik Lagu ‘Menanti Kekasih’ Yang Dikatakan Berhantu!

[VIDEO] “Peguam Kena Ada Hati Nurani” – Nikita Mirzani Mengamuk Di Kaca TV Isu Nafkah Anak

 

 

 

 

Sumber daripada: The Edge Market

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Cara Mohon Penangguhan Khas Bayaran PTPTN Selama 3 Bulan Secara Online

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi pakej bantuan khas untuk rakyat. Pakej bantuan khas ini diumumkan berikutan peningkatan kes Covid-19 yang memaksa kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua untuk rakyat Malaysia. Berikutan perintah ini, ramai dalam kalangan rakyat yang pastinya akan terjejas dari sudut ekonomi. Salah satu bantuan dan pengecualian yang diumumkan adalah... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *