Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Mata Budak Perempuan Dicungkil, Lidah Dipotong Sebelum Dimakan Oleh Ibunya

today29 January 2021

Background

Semakin kerap kita menerima berita anak dibunuh oleh ibu. Kejadian berlaku di Brazil baru-baru ini, seorang ibu tergamak membunuh anak perempuannya sendiri dengan kejam. Kanak-kanak perempuan tersebut dipercayai dibunuh dengan matanya dicungkil sebelum lidahnya dipotong dan dimakan oleh ibunya sendiri. Aduhai ibu..

Menurut laporan, suspek bernama Josimare Gomes da Silva, telah berjaya ditahan oleh pihak polis di kediamannya di bandar Sao Cristovao di Maravilha. Tambah laporan, datuk kepada mangsa berusia lima tahun itu ternampak darah mengalir dari saluran pembuangan sebelum bertindak untuk membuka pintu bilik mandi sebelum dia temui cucunya, Brenda Carollyne Pereira da Silva dalam keadaan tidak bernyawa.

Josimare Gomes (left) was arrested on Sunday night after she allegedly killed her five-year-old daughter, Brenda da Silva (right) by gouging out her eyes and cutting out her tongue

Difahamkan mayat kanak-kanak perempuan tersebut ditemui dalam keadaan matanya dicungkil, lidahnya dipotong manakala lehernya juga berwarna ungu. Pihak polis memaklumkan bahawa si ibu yang disyaki sebagai suspek utama pembunuhan telah ditahan, tetapi Josimare menafikan dakwaan tersebut.

Siasatan awal mendapati, suspek mengalami masalah kesihatan mental termasuk depresi. Suspek dibawa ke balai dan akan dipindahkan ke penjara wanita, dalam masa sama polis akan menjalankan siasatan. Kini, suspek dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada dihantar ke penjara.

Kesihatan mental ibu haruslah diambil berat kerana ibu merupakan tulang belakang dalam sesebuah rumah. Jika keadaan mental sibu tidak stabil, kemungkinan untuk berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan adalah sangat tinggi. Rajinlah bertanya khabar kepada rakan-rakan, adik beradik atau saudara mara yang bergelar ibu. Pertanyaan khabar ini mungkin satu yang remeh kepada kita namun ia nampak besar kepada seorang ibu kerana tindakan tersebut mampu membuatkan mereka rasa dihargai.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Seorang Ibu Ditahan Selepas Dipercayai Mengurung Anaknya Selama 28 Tahun!

Kejam! Sanggup Bunuh Dua Anaknya Untuk Dapatkan Duit Dengan Menjual Organ Mereka

 

 

 

Sumber: Daily Mail

Written by: Adinna


Previous post

Nathaniel Shio Hong Wan

Sukan

Nuno Espirito Santo Puji Kualiti Dimiliki Oleh Nathaniel Shio Hong Wan

Baru-baru ini, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan mereka telah menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Wolverhampton Wanderers. Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun. Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, pengendali Wolves, Nuno Espirito Santo mengulas mengenai kualiti yang dimiliki... Klik untuk baca artikel […]

today29 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *