Penemuan sekujur tubuh tidak bernyawa di tengah-tengah Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pagi tadi membuatkan jalan trafik kelihatan perlahan dan menyebabkan terdapat penutupan di kawasan tersebut.
Perkara ini dilaporakan menerusi ciapan twitter @itis_trafik yang melaporkan keadaan trafik semasa.
Dalam ciapan yang sama, dua keping foto dimuat naik dan menunjukkan kain putih menutupi sekujur tubuh yang terbiar di jalan ditutup.


Menurut pihak polis mendapati mayat tersebut telah dibunuh terlebih dahulu. Bagaimanapun, Ketua Komisioner Kanan Kuala Lumpur Nik Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan pasukan forensik sedang menyiasat kes di tempat kejadian dan kes masih dalam siasatan.
“Siasatan sedang dijalankan dan kami akan memaklumkan mengenai perkembangan selanjutnya nanti,” katanya kepada pihak media.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Lelaki Ini Sanggup Bunuh Bapa Sendiri, Selepas Berang Ditegur Leka Bermain Telefon
Kejam! Sanggup Bunuh Dua Anaknya Untuk Dapatkan Duit Dengan Menjual Organ Mereka
Sumber: itistrafik , nst
Post comments (0)