Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Motosikal Atas Peti Surat Hanya Salah Faham. Rupa-Rupanya..

today18 January 2021

Background

Alamak! Macam dalam salah satu filem P Ramlee, Bujang Lapuk! Baru-baru ini tular beberapa foto sebuah motosikal diangkat dan diletakkan di atas peti surat sebuah apartment di media sosial. Dipercayai kejadian tersebut berlaku kerana motosikal tersebut sebelum itu telah diletakkan di petak kuning sehingga mengganggu laluan keluar masuk ke apartment tersebut.

Menurut laporan, foto tersebut mula tersebar sebaik ianya diletakkan di atas peti surat berkenaan pada hari Sabtu malam Ahad menyebabkan netizen meninggalkan komen sinis kepada pemiliknya. Namun menerusi laporan Kosmo, seorang saksi yang juga penduduk flat berhampiran berkata kejadian berlaku bukan dilakukan oleh pemilik motosikal itu sendiri.

Sebaliknya ia berlaku apabila salah seorang seorang pemilik motosikal lain mahu membawa keluar motosikalnya bertindak menolak motosikal tersebut ke petak kuning dan tidak mengalih motor berkenaan kembali ke tempat asal semula.

Tambah laporan, ia bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku. Sebelum ini ada juga beberapa pemilik motosikal lain mengalami situasi yang sama. Ia bukanlah disebabkan pemilik motosikal salah parking, tetapi individu tidak bertangungjawab telah mengalihkannya dan parking ditempat asalnya.

Pemilik motosikal yang berada di atas peti surat tersebut seorang lelaki warga asing yang dipercayai baru dibelinya pada tahun lalu. Dia telah menerima beberapa aduan namun dia tegaskan bahawa bukanlah dia yang letakkan motosikal tersebut ditempat yang terlarang.

Difahamkan setakat malam semalam motorsikal berkenaan masih lagi berada di atas peti surat berkenaan walaupun sudah 24 jam ia masih berlaku. Hidup berjiran perlu ada tolak ansur. Jika kita sudah alihkan sesuatu wajarlah kita letakkan ditempat asalnya semula ya. Barulah boleh hidup aman dan harmoni betul tak?

 

Baca juga:

Lagi Kes Kereta Masuk Lorong Motosikal!

Bukan Saja Geng Basikal, Geng Motosikal Pun ‘Monopoli’ Jalan Raya

 

 

Sumber: K! ONLINE

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *