Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Nafsu Gila! Seorang Lelaki Rogol Mayat Positif COVID-19

today5 October 2020

Background

Disebabkan melayan nafsu di luar tabii, seorang lelaki dihukum penjara tiga tahun. Lelaki tersebut yang bernama Leroy Chacon, 50 tahun, didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan mayat seorang wanita di bilik mayat sebuah hospital di Georgetown, Gunaya. Apa yang lebih teruk, mayat tersebut juga merupakan pesakit positif COVID-19.

Chacon mengaku bersalah memecah masuk ke dalam bilik mayat tersebut dan melakukan hubungan seks luar tabii dengan salah satu mayat wanita di situ. Apa yang dilakukannya itu bukan sahaja keji, malahan jijik serta tidak menghiraukan keadaan semasa dunia yang sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Chacon merupakan seorang penganggur dari Trainline, Pelabuhan Kaituma. Dia dihadapkan ke Mahkamah Matthew Ridge menerusi aplikasi video penstriman Zoom berhubung kes tersebut. Menurut laporan, Chacon ditahan semasa dia sedang melakukan perbuatan tekutuk itu pada 26 September lalu. 

Pegawai polis yang menahannya juga terpaksa menjalani kuarantin kerana dikhua­tiri terdedah dengan virus sama. Pihak polis juga memberitahu mayat yang juga menjadi mangsa kepada Chacon merupakan seorang wanita berusia 56 tahun dan meninggal dunia pada 21 September lalu akibat komplikasi Covid-19. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Bicara kes 1MDB ditangguh, Najib kuarantin di rumah

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan disambung semula pada 19 Oktober setelah bekas perdana menteri itu kini menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu selepas pulang dari Sabah. Najib berada di negeri itu untuk berkempen pada pilihan raya negeri Sabah, bulan lalu. Peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon perbicaraan itu ditangguhkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi […]

today5 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *