Tindakan gila dan keji seorang lelaki di India ini telah mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun. Lelaki bernama Ankit Punia yang berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan telah memecah masuk ke rumah wanita tersebut dan cuba merogolnya.

Atas perbuatan kejinya itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas perbuatannya yang cuba merogol seorang nenek yang juga merupakan jirannya. Wanita tersebut dikatakan meninggal dunia sehari selepas kejadian di sebuah hospital tempatan.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa memang mempunyai masalah kesihatan tetapi punca kematian disebabkan terlalu terkejut dengan serangan seksual yang cuba dilakukan terhadapnya.

Jenayah tersebut dilakukan pada tahun bulan Oktober 2017 dan pihak Mahkamah di Meerut, Uttar Pradesh telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Ankit pada Jumaat lalu. Menurut laporan, penguam bela Ankit merayu agar hukuman diringankan dengan alasan plaintif sengaja memfailkan kes tersebut bagi mengelak membayar hutang kepada anak guamnya.
Cuba Kurangkan Hukuman Sebab Mangsa Berhutang Dengan Si Pelaku…
Keluarga mangsa didakwa berhutang kepada Ankit sebanyak 98,889 rupee (kira-kira RM5,454) dan berharap kes itu dapat membantu mereka melupuskan hutang lapuk tersebut di samping mendapat pampasan daripada kerajaan.
Bagaimanapun, pihak mahkamah menolak permohonan itu dan menyatakan tiada motif lain kerana tertuduh didapati mabuk dan tidak mampu mengawal nafsu. Pihak Mahkamah turut menegaskan kes tersebut sama seperti melakukan serangan seksual terhadap bayi atau kanak-kanak.
Dalam pada itu, pihak Mahkamah menyatakan perbuatan keji Ankit itu tidak wajar dikenakan hukuman ringan kerana ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat.
Baca juga artikel menarik lain:
Asteroid Sebesar Bas Dikesan Sehari Selepas Hampir-Hampir ‘Merempuh’ Bumi…
Geng Mamak – Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM12 Juta Dan Lesap Dalam Masa 20 Minit
Sumber daripada: Kosmo
Post comments (0)