Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Nyawa Melayang Selepas Datang Kutip Hutang…

today6 November 2020

Background

Adat berhutang adalah membayar kembali jumlah hutang yang dipinjam tanpa perlu yang memberi pinjam datang meminta hutang. Di Bogor, Indonesia, nyawa seorang guru mengaji melayang selepas dia datang menuntut hutang dengan jirannya, semalam. Mangsa berusia 28 tahun ditemui mati dalam perigi yang ditutup dengan konkrit di belakang rumahnya. Memang tak patut betul mangsa diperlakukan sedemikian.

Image via:https://jabar.tribunnews.com/

Menurut laporan polis, suspek berusia 40 tahun berhutang dengan mangsa berjumlah satu juta rupiah (RM286) namun enggan membayar wang itu. Mangsa kemudiannya pergi ke rumah suspek yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk menuntut hutang. Jarak antara rumah mereka kira-kria 100 meter sahaja. Setibanya mangsa ke rumah suspek untuk mengutip hutang, suspek bagaimanapun enggan melayan tuntutan mangsa sebaliknya menjadi berang.

Si peminjam yang sepatutnya membayar hutang pula yang naik hantu. Akibatnya suspek hilang pertimbangan dan kemudian dipercayai memukul dan memijak mangsa sehingga patah leher. Kejam betul!

Image via:https://regional.kompas.com/

Selepas kejadian, suspek membawa mayat mangsa sebelum membuangnya di dalam perigi bagi menyembunyikan perbuatan terkutuknya itu daripada diketahui jiran lain. Tidak cukup dengan itu, suspek juga dikatakan menyimen perigi tersebut bagi memastikan perbuatannya tidak diketahui sesiapa.

Bagaimanapun, kehilangan mangsa dilaporkan keluarganya kepada polis dan seterusnya siasatan dijalankan. Hasil risikan, polis berjaya menahan suspek di rumahnya dan dia mengakui terbabit dalam kejadian itu. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. Mungkin pada saat itu barulah dia sedar amarah yang dilepaskannya itu langsung tidak berbaloi dengan jumlah hutang yang sepatutnya dibayarnya.

Baca juga artikel menarik lain:

Akibat Digantung Kerja Oleh Majikan, Lelaki Ini Sanggup Langgar Kilang Sebelum Bunuh Diri

Dipercayai Bunuh Rakan Sendiri Kerana Tidak Puas Hati Disindir

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

The Red Warriors Resort

Sukan

Kelantan FC Buka The Red Warriors Resort, Sepenuhnya Milik Pasukan

Pasukan Kelantan FC nampaknya mengambil serius mengenai cara mereka meraih pendapatan dimana kelab itu membuka sebuah resort yang dinamakan The Red Warriors Resort yang terletak di Langkawi. Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman media sosial rasmi pasukan dimana resort patuh syariah itu kini sudah bersedia untuk menerima pelanggan. Langkah ini dilihat mendapat sambutan hangat dari ramai pihak terutamanya peminat setia pasukan Kelantan di laman media sosial. Mereka melihat […]

today6 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *