Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan zuriat. Ada yang mahukan zuriat dalam jumlah yang kecil dan ada pasangan yang sukakan sebuah keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Kisah sepasang suami isteri jutawan ini meraih perhatian ramai apabila mereka mempunyai impian untuk memiliki sebuah keluarga yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 orang cahaya mata.
Pasangan bertuah ini, Galip Ozturk berusia 56 dan isterinya Christina berusia 23 mula menyimpan hasrat besar sejak di awal perkahwinan mereka. Menurut laporan, kini mereka sudah pun memiliki 11 orang anak dan akan terus menggunakan khidmat ibu tumpang untuk menambah koleksi cahaya mata mereka sehingga capai target.
Christina turut berkongsi bahawa mereka baru sahaja menimang anak bongsu mereka bernama Olivia. Tambahnya, anak sulung mereka bernama Vika, dilahirkan oleh Christina sendiri enam tahun lalu manakala anak-anak lain dilahirkan oleh ibu tumpang.

Oleh sebab mereka terlalu obses dengan idea kehidupan dikelilingi anak-anak yang ramai, pasangan itu tidak pernah meletakkan sebarang had jumlah anak yang mahu dimiliki namun 100 cahaya mata adalah sasaran utama. Berdasarkan laporan tempatan, pasangan ini sanggup membelanjakan £800,000 iaitu lebih kurang RM4.4 juta untuk menggunakan khidmat ibu tumpang bagi mencapai misi 100 anak mereka.

Sementara itu, Christina sempat berkongsi bahawa mereka tidak terlibat secara langsung dengan ibu tumpang bagi mengelakkan sebarang masalah terutama ketika sesi penyerahan bayi. Difahamkan pasangan tersebut hanyalah sebagai penasihat dalam memberi cadangan berkaitan diet pemakanan dan pelan nutrisi sepanjang kehamilan ibu tumpang anak-anaknya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya
Selamat Lahir Anak Kedua, Scha & Awal Tulis Warkah Untuk Lara Sampai Netizen Sedih
Sumber: The Sun
Post comments (0)