Kelmarin gempar satu Malaysia dengan berita kematian Tun Rahah Mohamad Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia petang Jumaat lalu.
Ibu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court. Berita sedih ini dikongsikan oleh Najib sendiri di laman twitter miliknya.

Apa yang lebih menarik perhatian kami apabila salah seorang pengguna twitter, @MohdSofianHilmi memuat naik komen dari Facebook yang menceritakan tentang kebaikan yang pernah Allahyarhamah Tun Rahah lakukan pada bekas pekerja tukang kebunnya.
Menurutnya, Allahyarhamah Tun Rahah pernah membiaya kos perubatannya suatu ketika dulu dan sampai sekarang dia tidak mampu membalas jasa arwah.

Apa pun yang dilakukan sepanjang kehidupan Allahyarhamah, semoga roh bonda Najib Razak dicucuri rahmat.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kisah Kentut Yang Membawa Kematian Kepada 10,000 Orang?
‘Bunuh’ Kekasih Untuk Demi Jumlah Tontonan Video Live Sehingga Tergamak Merakam Kematiannya
Sumber: twitter
Post comments (0)