Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pembunuh Bersiri Britain ‘Yorkshire Ripper’ Akui Ketagih Membunuh, Akhirnya Tewas ‘Ditangan’ COVID-19

today17 November 2020

Background

Salah seorang pembunuh bersiri Britain paling terkenal, Peter Sutcliffe atau lebih sinonim dengan jolokan ‘Yorkshire Ripper’ pernah membuat pengakuan kepada polis bahawa dia obses melakukan pembunuhan. Namun sebelum itu dia menyatakan bahawa dia tidak pernah berminat atau berniat untuk menjadi pembunuh bersiri, tetapi ‘aktiviti’ itu sudah menjadi ketagihan baginya umpama ketagihan dadah.

Image via:https://www.bharian.com.my/

Semasa disoal siasat selepas penangkapannya pada tahun 1981, Sutcliffe mengambarkan dirinya sebagai seseorang yang dipengaruhi oleh anasir jahat seperti iblis. Selain itu, dia turut menyatakan bahawa dia sudah menjangkakan dirinya bakal tertangkap. Oleh sebab itu dia memutuskan untuk menghabiskan masa selama 5 tahun terus melakukan pembunuhan.

Ditangkap Dan Terus Membuat Pengakuan

Pada 2 Januari 1981, ‘Yorkshire Ripper’ ditangkap oleh pihak polis semasa berada di dalam kereta dan sedang dalam cubaan membunuh mangsa seterusnya. Semasa disoal siasat selama lebih 10 jam, Sutcliffe mengakui telah melakukan pembunuhan sebanyak 13 kali dari tahun 1975 sehingga 1980. 

Ayat terakhir yang diungkapkan kepada mangsanya sebelum dia ditahan polis adalah “zaman sekarang kita tak tahu siapa yang boleh dipercayai.” Ayat itu bila difikirkan semula memang kedengaran menyeramkan.

Sebelum penangkapannya, Sutcliffe berkata sepanjang dia bersama keluarga dan rakan-rakannya, dia mampu untuk mengupas lanjut tentang kes pembunuhan yang berlaku ketika itu, seolah-olah bukan dia yang lakukannya. 

Image via:https://www.mirror.co.uk/

Namun dalam masa yang sama, Sutcliffe menyatakan dia tetap ingin memberitahu tentang apa yang telah dilakukannya tetapi bimbang ia akan memberi kesan kepada isteri dan keluarganya. Semasa penahanannya, Sutcliffe mengaku dirinya seperti seorang yang tidak berperikemanusiaan.

Image via:https://www.dailyrecord.co.uk/

Sutcliffe yang mati akibat wabak COVID-19 minggu lalu pada usia 74 tahun telah menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh 13 orang wanita dan tujuh cubaan membunuh.

Baca juga artikel menarik lain:

Edmund Kemper – Pembunuh Bersiri Yang Kisahnya Terlalu Kejam Untuk Diterima Akal!

Tsutomu Miyazaki – Vampire Sebenar Paling Jijik Di Jepun!

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Daily Mirror

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Betul Ke Renew Road Tax Di Bjak.my Lebih Murah? Jom Baca Perkongsian Pengguna Bjak Sendiri

Mungkin ada yang masih skeptikal dengan servis renew road tax ini secara dalam talian tetapi jika tidak cuba, anda tidak akan tahu betapa efektifnya Bjak.my ini.Bukan begitu sahaja, pengguna Bjak.my juga boleh menentukan berapa perlindungan insurans kereta yang diingini berdasarkan keperluan dan bajet. Oleh itu, secara tidak langsung, pengguna dapat menjimatkan lebih banyak duit dengan Bjak.my!Bagi yang sudah menggunakan Bjak.my, rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan servis yang... Klik untuk baca […]

today17 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *