Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Penari Jelita Ditembak Mati Dipercayai Jalin Hubungan Sulit Dengan Ahli Politik

today30 December 2020

Background

Satu kejadian yang mengerikan apabila seorang penari di Rusia ditembak mati sebanyak dua kali di dada dipercayai akibat menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ahli politik tempatan. Kejadian yang berlaku di jalan raya Moscow itu telah mengorbankan seorang wanita bernama Natalia Pronina, 30 tahun. 

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Dia dikatakan telah dibunuh oleh pembunuh bertopeng yang melepaskan tembakan dari jarak dekat semasa penari itu dalam perjalanan pulang dari sesi latihan koreografi. Melalui rakaman CCTV, jelas kelihatan wanita tersebut memasuki apartmennya sebelum pembunuh bertopeng itu datang dari belakang dan menembaknya.

Isteri Ahli Politik Mengetahui Hubungan Mereka

Menurut laporan, polis menyatakan rakaman CCTV itu tidak dapat membantu mengesan pembunuh berkenaan, namun percaya dia mungkin merupakan pembunuh upahan yang diarahkan untuk membunuh wanita tersebut. Salah satu teori yang dinyatakan adalah bekas penari kelab malam itu dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan ahli politik ‘kaya’, akan tetapi hubungan itu diketahui oleh isteri ahli politik berkenaan.

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Melalui siasatan pihak polis, lelaki tersebut bekerja sebagai ahli parlimen dan terlatih dalam seni mempertahankan diri. Selain itu, lelaki itu turut mendakwa menerima ugutan daripada mangsa selepas hubungan mereka diketahui oleh isterinya. Bagaimanapun, teman lelaki bekas penari itu, Alexander Kravchenko, 33 tahun, menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan pembunuhan itu dan memberitahu dia berada di Yalta, Crimea, tempat dia bekerja ketika insiden berlaku.

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Selain itu, Kravchenko turut mendakwa Pronina diekori pengintip dan memiliki hutang sebanyak £6,000 (RM33,000) yang perlu dibayar. Jadi ia mungkin menjadi satu lagi teori kepada pembunuhannya. Manakala rakan-rakan Pronina pula yakin bahawa pembunuhan itu dilakukan oleh seseorang yang kecewa cintanya ditolak oleh Pronina. Bekas rakan sekerjanya juga menyatakan Pronina sering menjadi buruan lelaki disebabkan kecantikan yang dimilikinya. 

Mereka menyatakan bahawa Pronina tidak pernah mempunyai musuh, tetapi hanya seorang peminat yang mencemburui hubungannya dengan ahli politik tersebut. Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat punca pembunuhan dan mencari suspek yang bertanggungjawab. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Sejarah Dan Asal Usul Kepulauan Orang Melayu Di Australia

Susu Paling Berkhasiat Datang Dari Lipas? Err…

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Bask Bear Coffee perluas 100 outlet secara maya

KUALA LUMPUR – Loob Hol­dings Sdn. Bhd. (Loob Holdings) pemilik jenama Tealive yang berjaya menguasai pasaran minuman bubble tea di Malaysia, kini telah memperkenalkan Bask Bear Coffee (BBC). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Loo berkata, cabang perniagaan baharu itu telah dimulakan sejak akhir tahun 2019 dan syarikat memiliki lapan cawa­ngan. “Kami memiliki pelan pe­ngembangan yang baik untuk BBC pada tahun ini tetapi kerana wabak Covid-19 sehingga pe­nguatkuasaan Perintah... Klik untuk baca […]

today30 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *