Di Bangkok, sepasukan polis telah berjaya menahan seorang lelaki berbangsa Cina kerana disyaki menganiaya kucing jalanan di sebuah hotel tempatnya menginap di pulau Phi Phi.
Timbalan penguasa polis Phi Phi, Polt Lt Kol Thongchai Matitham berkata, pelaku yang bernama Shi Hang ditangkap di sebuah hotel di tambon Ao Nang dari daerah Muang pada hari Jumaat.

Sumber: thepattayanews
Bangkok Post melaporkan, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas salah seorang kakitangan hotel menemui haiwan itu dalam keadaan masih bernyawa di dalam peti ais ketika melakukan kerja mengemas dan membersih bilik.
Bukan itu saja, kakitangan terbabit turut menemui tompokan darah dan cebisan bulu kucing di dalam peti ais berkenaan. Tanpa berlengah, pihak kakitangan membuat laporan kepada pertubuhan kebajikan haiwan, Wathdog Thailand.
https://www.facebook.com/WDT.foundation/videos/375705823578627/?__xts__[0]=68.ARC75iRIyTD5tGjOSO9L-oirhaRPx2AZ20D4RKoGUWhvzjR5qdXYLwmIhFR-Atq53yoPM6fVv8MqS866S9FLGEud9bKfijnuLw2dDIJMwLE-GmWOO6ey16XEsi-PYCF3S6xDHiEz5StHqY_Hq9ezx9s6m7-P4asw6qYjkkHR9ukX9TQwNX_J9V8Rkn_aJqSjY9pCu10u4WZbVLeuBXYMMCB4-LOLPo6pKIz3BPU3LIIwntFVS2FXuI6v77ziLX6zCclbfjmGI9NHrG3Z4kN7Fz8–9-0MFlUYcOKdIuDAjhsDk0ced9hnQ6pkJ6ePipOVdThY_aWoEj2wxzerorvI58uPA&__tn__=K-R
Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun itu berkeras menyatakan dia adalah pencinta kucing walaupun pihak polis sudah menemui beberapa gambar dan klip video yang menunjukkan suspek melakukan kekerasan terhadap haiwan berkenaan.
Tidak dapat dipastikan sejak bila haiwan itu dikurung di dalam peti ais berkenaan tetapi, berdasarkan maklumat diperoleh, suspek sudah menginap di tiga hotel sejak tiba di pulau berkenaan pada 5 Oktober lalu.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Ini Rupanya Sebab Kucing Suka Tidur Bersama, Tapi Selamat Ke?
Betul Ke Bela Kucing Dapat Membentuk Personaliti Kita?
Sumber: facebook , bangkokpost
Post comments (0)