Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pesakit Covid-19 Lari, Berjaya Ditahan Semula

today23 November 2020

Background

Polis berjaya menahan semula seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Slim River baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan dari hospital mengenai seorang lelaki dengan gelang kuarantin berwarna biru muda melarikan diri dari Wad 7 kira-kira 4.48 petang.

Bagaimanapun, lelaki berumur 29 tahun itu  berjaya ditemui semula kira-kira 6 petang oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Slim River berhampiran sebuah stesen minyak di kawasan Bandar Baru Slim River.

“Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River,” katanya.

Sulizmie Affendy berkata berdasarkan maklumat terkini, hasil saringan ujian  oleh pihak pejabat kesihatan mengesahkan lelaki itu negatif COVID-19 dan akan dibenarkan keluar wad esok.

Hasil semakan polis mendapati lelaki tersebut mempunyai enam rekod lampau dan telah ditangkap bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bau Najis & Hanyir Sepanjang Masa, Antara Gejala Dialami Pesakit COVID-19

Pejabat Kesihatan Minta Henti Sebar Nama Pesakit COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: BERNAMA

Written by: Adinna


Previous post

Sukan

Klopp sanjung Firmino | Harian Metro

London: Jurgen Klopp memuji aksi hebat Roberto Firmino selepas Liverpool menang 3-0 ke atas Leicester City dalam saingan Liga Perdana awal pagi tadi. Firmino menanduk masuk gol ketiga di Anfield yang juga jaringan keduanya musim ini ketika Liverpool melebarkan rekod tanpa kalah dalam aksi liga di tempat sendiri kepada 64 perlawanan. Pemain Brazil itu yang kerap dikritik membuat 48 hantaran, 41 hantaran yang berjaya dan enam percubaan - statistik yang […]

today23 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *