Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pinjam Duit Isteri Alasan Nak Bayar Hutang, Rupanya Sebab Nak Kahwin Lain

today19 January 2021

Background

Kita selalu tengok kisah begini dalam drama je, tapi ini benar terjadi. Setiap pasangan suami isteri mahukan kebahagiaan dalam perkahwinan mereka namun bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Apabila ada badai yang melanda, suami isteri haruslah bersama-sama cari jalan untuk selesaikannya. Jika badai tersebut melibatkan orang ketiga, ini mungkin akan panjang sikit kisahnya.

Benar, poligami dibenarkan dalam Islam tetapi tidak semua wanita kuat menerima kenyatan itu. Poligami bukanlah semudah ABC dan semua haruslah bersedia untuk berlaku adil serta mampu menjaga hati isteri-isterinya. Kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin juga sangat penting. Iyalah, nak sara isteri-isteri kenalah cukup segalanya betul tak? Orang kata kalau tak mampu jaga satu isteri, simpan sajalah angan-angan nak pasang dua.

Lain pula kisah yang terjadi di Arab Saudi apabila sang suami meminjam duit isterinya untuk berkahwin lagi satu! Bukan sedikit yang dipinjam, dia telah meminjam duit sejumlah SR120,000  atau RM129,574!

Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak Nad Mimi Lana

Menurut laporan, isterinya telah membuat pinjaman peribadi untuk ‘menolong’ suaminya. Baiknya! Si isteri telah membuat satu pinjaman peribadi di atas namanya sendiri untuk tolong suaminya selepas si suami mendakwa dia memerlukan wang untuk membayar hutang.

Isteri makin lembut hati untuk menolong apabila suaminya memberi alasan telah diugut untuk dibuang dari kerja. Isteri mana yang mahu melihat suaminya susah betul tak? Namun wanita tersebut amat terkjut apabila kebenaran terbongkar.

Rancangan suaminya untuk berkahwin lain telah diketahui wanita tersebut dari keluarga terdekat dan dia kemudiannya bertindak untuk terus bersemuka dengan suaminya itu dan menuntut semula wang yang telah dipinjamkan.

Tambah laporan, sang suami pada mulanya menafikan tuduhan itu namun akhirnya dia mengaku bahawa dirinya akan berkahwin tidak lama lagi. Oleh sebab itu, dia enggan memulangkan semula duit isteri yang telah dia pinjam.

Difahamkan tindakan undang-udang ke atas suaminya telah diambil dan wanita itu kini cuba memohon pembatalan perkahwinannya. Kalau kejadian ini berlaku di Malaysia, kejap je tular siapa identiti wanita ketiga itu. Opps!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Telefon Bimbit Salah Satu Alat Utama Punca Curang Suami Isteri – Pakar Tingkah Laku Sosial

Tuduh Curang Dan Penggal Kepala Isteri Sendiri!

 

 

 

Sumber: Buzzkini

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *