Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Polis New Zealand Perkenalkan Tudung, Ajak Wanita Islam Jadi Polis

today21 November 2020

Background

Polis New Zealand memperkenalkan tudung untuk pakaian seragam rasmi mereka bagi mendorong lebih ramai wanita Islam menyertai pasukan itu.

Pemakaian hijab ke dalam pakaian seragam rasmi polis New Zealand itu diperkenalkan buat pertama kalinya setelah mendapat kerjasama dengan seorang pelajar muslim di Royal New Zealand Police College.

Zeena Ali, 30, merupakan pelajar yang mereka hijab tersebut untuk kegunaan anggota wanita polis New Zealand yang beragama Islam.

Semasa proses rekaan tudung dilakukan, Polis New Zealand berunding rapat dengan Zeena untuk memastikan pakaian itu memenuhi keperluan kesihatan, keselamatan serta keperluan peribadinya.


Zeena menyertai pasukan polis kerana mahu membantu komuniti muslim selepas serangan keganasan terhadap dua buah masjid di Christchurch pada tahun 2019.

“Ia berlaku setelah serangan keganasan Christchurch 2019 dan saya sendiri memutuskan untuk mendafar. Ketika itulah saya menyedari lebih ramai wanita muslim diperlukan.

“Sekiranya saya menjadi anggota polis lebih awal, saya akan berada di sana untuk membantu,” jelasnya

Zeena yang dilahirkan di Fiji dan berpindah ke New Zealand ketika masih kecil, berkata dia bangga mewakili komuniti muslim dan khususnya wanita muslim dalam pasukan polis persekutuan negara itu. Dia menjadi anggota pertama dalam sejarah pasukan yang memakai hijab.

“Rasanya senang dapat keluar dan menunjukkan tudung Polis New Zealand sebagai pakaian seragam saya, Malah, selepas ini saya rasa lebih ramai wanita muslim yang akan menyertai pasukan polis.

“Kami memerlukan lebih ramai wanita muslim untuk membantu masyarakat. Kebanyakan mereka terlalu takut untuk bercakap dengan polis dan mungkin akan menutup pintu jika seorang lelaki muncul untuk bercakap dengan mereka,” tambahnya lagi.

Baca juga:

New Zealand dihimpit kemelesetan ekonomi

Kejam! Lelaki Ini Menendang Wanita Hijab Tanpa Sebab

 

 

Sumber: NZ Herald

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Muktamad, kedai runcit tak jual arak

MOHD. RASDAN AHMAD, WARTAWAN EKSEKUTIFMELIHAT kepada beberapa kemalangan jalan raya di negara kita sepanjang tahun ini, keba­nyakan kejadian itu berlaku berpunca daripada pemandu yang dipengaruhi alkohol. Antara kejadian yang pernah menggemparkan negara adalah tragedi di Lebuh Raya Kajang Se­remban (LEKAS) pada 16 Feb­ruari tahun lalu yang mengorbankan seorang lelaki selepas kereta dipandunya dirempuh seorang pemandu mabuk. Bukan itu sahaja, dalam satu lagi kejadian di Tawau, Sabah... Klik untuk baca artikel […]

today21 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *