Seorang ibu yang terlantar sakit kerana menghidapi kanser otak menjadi saksi pembunuhan kejam anaknya, Siti Nur Surya Ismail dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, berusia 15 tahun yang baru pulang dari sekolah.
Susulan itu, adik mangsa terus memberitahu abang mangsa, Mohd Zaid Azroi yang masih bekerja.

“Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.
“Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi,” katanya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Isteri Rancang Pembunuhan Suami Yang Buta Demi Mendapatkan Harta
Pembunuh Suami Buta Mendapat Balasan!
Sumber: harianmetro