Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Remaja Dibunuh Dengan Kejam Depan Ibu Yang Terlantar Sakit

today2 November 2020

Background

Seorang ibu yang terlantar sakit kerana menghidapi kanser otak menjadi saksi pembunuhan kejam anaknya, Siti Nur Surya Ismail dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa  ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, berusia 15 tahun yang baru pulang dari sekolah.

Susulan itu, adik mangsa terus memberitahu abang mangsa, Mohd Zaid Azroi yang masih bekerja.

“Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

“Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi,” katanya.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Isteri Rancang Pembunuhan Suami Yang Buta Demi Mendapatkan Harta

Pembunuh Suami Buta Mendapat Balasan!

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Ronaldo kembali gegarkan Serie A

Milan: Cristiano Ronaldo dimasukkan dari bangku simpanan dan berjaya meledakkan dua gol selepas pulih daripada Covid-19 untuk memastikan kemenangan Juventus menewaskan Spezia 4-1 dalam Serie A. Juara bertahan itu menamatkan rentetan tiga keputusan seri sebelum ini untuk menduduki tempat ketiga Serie A, empat mata di belakang pendahulu AC Milan yang menewaskan Udinese 2-1. Sassuolo mengatasi Juventus untuk menduduki tempat kedua, dua mata di belakang Milan, selepas melakarkan kemenangan 2-0... Klik […]

today2 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *