Banjir di pantai timur membabitkan Pahang dan Terengganu semakin buruk bermula malam tadi dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat, manakala mangsa di Johor berkurangan berbanding petang semalam.
Pagi ini Kool Chat bersama salah seorang yang terlibat secara langsung dalam menguruskan mangsa-mangsa banjir, Hafizal.
Menurutnya, banjir tahun ini dua kali berbeza dengan banjir-banjir tahun sebelum ini kerana dia ditugaskan untuk mengeluarkan pesakit COVID-19 yang merupakan Person Under Investigation (PUI) iaitu kumpulan yang memakai gelang pink yang terkandas dalam banjir.

Sumber: cariangoogle
“Untuk pindahkan mereka yang memakai gelang pink ni, kita diarahkan umtuk memakai baju lengkap PPE walaupun perlu meredah air banjir yang naik mendadak, cuaca pula dalam hujan dan dengan keadaan kelam-kabut.
Kami dari pasukan penyelamat dan pasukan kesihatan terus digesakan untuk bergerak dengan pantas untuk ke sana bagi cepat-cepat memindahkan mereka yang bergelang pink untuk mengelakkan dari orang ramai kontak rapat secara tak langung dengan mereka yang memakai gelang pink,” jelasnya.
Untuk dengarkan lebih tentang isu ini, klik saja disini.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini:
Akibat Degil, Motorsikal Hanyut Dibawa Arus Banjir
Bimbang Tak Belajar, Cikgu Ini Sanggup Redah Hujan Demi Anak Murid
Post comments (0)