Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Sebab Kenapa Banyak Billboard Banyak Yang Double Meaning

today22 December 2020

Background

Sepanjang perjalanan kita balik kampung, pasti akan perasan ada banyak papan iklan atau billboard sepanjang jalan. Kalau kita lalu jalan raya biasa sekali pun akan ada papan iklan yang banyak. Perkara ini membawa maksud terdapat banyak produk dikeluarkan oleh peniaga dan mereka perlu bersaing. Oleh itu, peniaga perlulah melakukan sesuatu untuk dapatkan perhatian orang awam.

Jika ada perasan, ada banyak papan iklan atau billboard berulangan. Ini adalah salah satu cara peniaga marketing.  Iklan mereka perlu ada kelainan dan ia perlu dilihat berulang kali supaya orang awam mudah ingat tentang produk yang dipasarkan. Harga sebuah papan iklan sangat tinggi jadi mereka perlulah bijak untuk tangkap perhatian bakal pembeli.

Double meaning dalam satu papan iklan membawa maksud sebuah iklan bergambar yang boleh menimbulkan orang yang melihatnya ada beberapa perspektif atau membawa dua maksud yang berbeza. Sebagai contoh iklan yang menggunakan ayat seperti ini “SABUN INI BUKAN UNTUK LELAKI BUJANG”. Jika seorang dewasa yang melihatnya, mungkin ia mudah difahami. Namun bayangkan jika seorang anak lelaki berusia 10 tahun bertanya kepada ibu bapanya apa maksud iklan tersebut, apa agaknya jawapan untuk soalan itu?

Oleh yang demikian, perkara seperti ini telah menimbulkan kerisauan untuk ibu bapa kerana bila anak-anak tanya tentang mesej yang cuba disampaikan oleh sesebuah iklan kita tiada jawapan yang sesuai. Kepada orang dewasa ia mungkin perkara biasa tetapi ia sebenarnya sangat bahaya untuk anak-anak. Mesej double meaning dalam papan iklan boleh menyebabkan masyarakat hilang adab, adat dan ia tidak bagus untuk pandangan orang luar tentang negara kita.

Rata-rata pemilik papan iklan seperti ini mungkin sudah sediakan jawapannya jika iklannya dikecam. Mereka lebih gemar untuk  buat dulu, kalau salah baru minta maaf kerana mahukan keuntungan dengan cepat.

Menerusi sesi Kool Talk kali ini, AG dan Muaz bersama-sama Timbalan Presiden FOMCA, En Mohd Yusof bin Abd Rahman telah membincangkan isu di mana kenapa iklan seperti ini masih berleluasa. Menurut Yusof, ada banyak iklan double meaning untuk orang dewasa tetapi ianya selalu tidak secara direct namun jika ada sesiapa yang baca dan faham itu adalah aim untuk mereka. Yusof juga menyatakan bahawa tidak ada satu badan yang khusus untuk kawal mesej papan iklan seperti ini dan ianya tiada tetapan.

Di Malaysia ada kod amalan atau kod etika yang sedia ada. Ia adalah kod amalan periklanan malaysia yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaan Periklanan Malaysia. Ini merupakan gabungan iklan, agensi iklan atau syarikat media dan sebagainya. Terdapat satu ungkapan atau garis panduan untuk papan iklan yang mengatakan tentang perkara atau kemungkinan melalui ungkapan, reka bentuk atau perbuatan yang merosakkan atau menyingung orang lalu lalang. Jadi jika papan iklan tersebut membuatkan pengguna atau orang awam terasa maka barulah ia diketegori sebagai telah melanggar garis panduan tersebut. Namun ini hanyalah garis panduan dan bukanlah undang-undang di Malaysia.

Jika terlalu banyak aduan dilakukan oleh orang awam barulah akan ada tindakan dan kawalan iklan double meaning seperti ini diambil tindakan. Apapun, semoga di masa hadapan akan ada undang-undang supaya dapat mengawal iklan yang tidak patut ini semakin berleluasa.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Normalisasi Lawak Lucah, Billboard ‘Haram’ Dirobohkan

Gadis Bawah Umur Panjat Papan Iklan Tak Nak Kahwin Paksa

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Aduan pembelian online paling tinggi diterima

Kota Bharu: Aduan berkaitan urusan pembelian dalam talian paling tinggi diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di negeri ini sepanjang tahun ini. Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, pihaknya menerima 829 aduan dengan 212 aduan berkaitan pembelian dalam talian membabitkan isu penghantaran lewat, silap barangan dan penipuan. Menurutnya, pihaknya kemudian merujuk aduan terbabit kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today22 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *