Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Seorang Wanita Maut Selepas 48 Jam Terima Suntikan Vaksin COVID-19?

today6 January 2021

Background

Selepas dua hari menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech, seorang pembantu pembedahan pediatrik di Porto, Portugal dilaporkan mati mengejut di rumahnya pada hari pertama tahun 2021. Pihak berkuasa kesihatan di Portugal menyatakan berita tersebut agak mengejutkan kerana wanita tersebut dilaporkan ‘sangat sihat’ ketika menerima suntikan vaksin tersebut.

Image via:https://www.businesstoday.in/

Menurut laporan, Sonia Azevedo, 41 tahun, merupakan seorang ibu kepada dua anak dan bekerja sebagai pembantu pembedahan di Portuguese Institute of Oncology (IPO), iaitu sebuah hospital onkologi di Porto. Azevedo merupakan antara 538 petugas kesihatan di IPO yang menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu.

Sempat Bersama Keluarga Malam Sebelum Kematian…

Azevedo dikatakan sempat makan malam bersama keluarga pada malam tahun baharu sebelum ditemui mati di tempat tidurnya keesokan hari.

“Dia mengambil vaksin tersebut tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom. Saya ingin tahu punca kematian anak perempuan saya,” kata ayahnya Abilio yang sedikit kebingungan tentang punca kematian anaknya itu. 

Menurut Abilio, anaknya itu merupakan seorang yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain. Selepas menerima suntikan dos pertama vaksin, Azevedo dikatakan bangga menjadi penerima terawal dan sempat memuat naik gambar di Facebooknya dengan kapsyen “Sudah disuntik vaksin COVID-19”. 

Image via:https://sg.everydayonsales.com/

Dalam pada itu, anak perempuan Azevedo, Vania Figueiredo berkata, dia juga berasa binggung dan tidak tahu tentang kejadian itu kerana semuanya berlaku dengan pantas dan tanpa penjelasan. Menurutnya, dia tidak nampak apa-apa perubahan pada ibunya itu dan kelihatan baik sahaja. Namun, ibunya ada mengadu tentang rasa sakit di bahagian suntikan, tetapi itu normal katanya.

IPO dalam kenyataannya mengesahkan kematian Azevedo dan berkata punca kematian akan dibuat mengikuti prosedur biasa bagi keadaan seperti ini. Bagaimanapun, pakar perubatan menolak kemungkinan kesan sampingan daripada vaksin itu menjadi punca kematiannya.

Baca juga artikel menarik lain:

Saringan COVID-19 Punya Pasal Sampai Bocor Bendalir Otak!

‘Rap Sedap, Nyanyi Sedap, Mengaji Pun Sedap’ – Ramai Terpesona Kemerduan Zizi Kirana Mengaji

 

 

 

Sumber daripada: Republic World

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Demi Nak Beli Rumah, Lelaki Ini Mahu Jual PS5 Sehingga RM6,000 Terima Kecaman Netizen

Walau bagaimanapun, tindakan pemuda ini telah mendapat perhatian netizen apabila dia mahu menjual balik permainan video tersebut dengan harga yang jauh lebih mahal daripada asal.Untuk maklumat anda, harga anggaran PS5 di Malaysia adalah sekitar RM1,900 untuk versi digital dan RM2,300 untuk versi biasa. Manakala, untuk controller tambahan pula dijual dengan harga sekitar RM349.

today6 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *