Tular di media sosial apabila kawasan Genting Highlands kini menjadi kawasan ‘panas’ covid-19. Menjadi lebih teruk lagi apabila pihak pengurusan Genting kononnya tidak mahu memberi kerjasama tentang isu ini.
Menerusi satu ciapan di twitter, perbualan screenshot dimuat naik. Menurut sumber, pihak Genting tidak mahu berita ini disebarkan kerana gusar ramai pengunjung tidak ingin naik ke atas.
Malah, kini pihak berkuasa sudah mula melakukan tugasan untuk menjaga situasi di sana.
Individu yang disahkan positif, akan ditempatkan di hotel First World sehingga dienarkan untuk pulang.
Ciapan tersebut telah mendapat perhatian Adun Ketari, Young Syefura Othman dan beliau menerangkan jumlah kluster yang dilaporkan supaya tidak ramai yang panik.

Namun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu setakat semalam adalah 20 sekaligus menunjukkan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 374 kes.
Apa pun, jika ingin pergi melancong ke mana-mana pastikan pergi ke tempat yang tidak sesak. Beringatlah senarai SOP yang harus dipatuhi ketika merentas negeri.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Warga Bangladesh rentas negeri punca Kluster Genting
Jalan Gombak Lama ke Genting Highlands ditutup
Sumber: twitter
Post comments (0)