Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Side Effect Macam Ni Padu!” – KJ Boleh Bertutur Mandarin Lepas Cucuk Vaksin Sinovac

today19 March 2021

Background

Tengah hari semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Sinovac di Pusat Penerimaan Vaksin Hospital Rembau.

Berbeza dengan menteri dan barisan hadapan lain yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech. Bagi yang tidak mengetahui, Sinovac adalah vaksin buatan syarikat biofarmaseutikal China yang telah diluluskan oleh Bahagian Regulasi Farmasi.

May be an image of 1 person and standing

Apa yang menarik perhatian orang ramai apabila melihatkan kesan sampingan yang ditunjukkan oleh Khairy menerusi posting akaun Instagram miliknya.

Kesan sampingan bukan seperti vaksin Pfizer-BioNTech seperti lenguh tangan atau lemah badan tapi Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ, fasih bertutur bahasa Cina!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Menjengah ruangan komen, ada yang mula berjenaka ingin menunggu vaksin dari korea dan ada juga barisan artis teruja dengan kesan sampingan vaksin Sinovac.

No photo description available.

May be an image of 1 person

Siapa nak bertutur bahasa Mandarin bolehlah mohon vaksin jenis Sinovac. Senang sikit dapat kerja! Hiks! Apa pun, harap vaksin yang dicucuk memberi kesan tidak kira ambil jenis vaksin apa.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19

Lepas Suntik Vaksin Dah Tak Perlu Ikut SOP? Ini Penjelasan Khairy Jamaluddin

 

 

 

Sumber: Instagram

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Belajar setakat darjah 6, sekarang tauke mi Liena

SEBERANG PERAI – Latar belakang pendidikan tidak sesuai dijadikan kayu pengukur untuk melihat prospek seseorang dalam bidang bisnes. Ia dibuktikan sendiri oleh Noor Aspalina Mat Razi, 42, yang kini boleh berbangga dengan mi kuning dan kuetiau jenama Liena keluaran syarikatnya, PTRI 5 Nibong Tebal Enterprise walaupunhanya bersekolah setakat darjah enam. Menurut anak sulung daripada lima beradik ini, beliau sebelum ini mewarisi perniagaan mi kuning daripada bapanya, namun memberanikan diri... Klik […]

today19 March 2021