Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengesahkan bahawa Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Sepertinya semua tahu, impian Safawi Rasid untuk beraksi di luar negara tercapai apabila dia berhijrah ke Portugal dan berangkat ke sana awal bulan Oktober lalu. Tonggak Harimau Malaya itu telah menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.
Namun, beliau dibawa pulang ke Malaysia dan ia bukanlah satu berita yang seharusnya kita memandangnya ke arah yang negatif. Walaupun Safawi tidak sempat beraksi menunjukkan belangnya dan meraih debut bersama skuad utama Portimonense SC tetapi pengalamannya berada di sana haruslah kita hargai.
View this post on Instagram
Dipercayai Safawi boleh berkongsi pengalamannya semasa melakukan latihan bersama skuad utama Portimonense SC bersama skuad JDT nanti. Untuk informasi tambahan, skuad antarabangsa selalunya akan melakukan latihan sama seperti bermain permainan sebenar. Jadi sesi latihan itu semestinya intense dan ada pemain yang sanggup parap pemain lain hanya untuk dapat perhatian dan menunjukkan kebolehan masing-masing.
Tidak dinafikan kepulangan Safawi dengan segera adalah satu langkah bijak dan perlu diingatkan bahawa Safawi ke sana di atas tikel loan sahaja, jadi kepulangannya amatlah dinanti.
Terdahulu, Safawi dipinjamkan selama semusim namun dengan perkhabaran terbaru daripada Tunku Ismail itu menyaksikan dia terpaksa pulang awal ke tanahair dengan Liga-M dijadualkan bermula hujung Februari 2021.
Untuk dengarkan lebih perbincangan, klik saja disini.
Post comments (0)