Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Susah Sangat Ke Kalau Nak Berpoligami? Ini Syarat Dari JAWI

today7 January 2021

Background

Isu yang sangat sensitif untuk disentuh terutama dalam kalangan wanita. mana yang inginkan kasihnya diduakan? Tiada!

Namun, apa yang ingin kami selongkarkan adalah syarat dan proses untuk berpoligami memandangkan baru-baru ini kecoh dengan individu yang bertindak menipu dalam menguruskan proses poligami.

Kool Chat pagi ini membincangkan perkara ini bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri.

Rai 14 pasangan poligami | Harian Metro

Sumber: hmetro

Menurutnya syaratnya memang susah dan ada satu je iaitu kena berani! Sebab, kalau tak berani letak syarat apa pun memang tak jalan tapi nak takut apa? Beras kita beli, ujarnya sambil berseloroh.

“Tapi proses dan cara secara tertulisnya adalah poligami haruslah memohon terlebih dahulu untuk mendapatkan keizinan dengan Mahkamah Syariah di bawah peruntukkan Seksyen 23 Akta 303.

Dalam undang-undang itu ada menetapkan beberapa penilaian sebab aspek utama yang dilihat adalah sejauh mana si suami menunaikan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah sebagai suami dan juga bapa sebagaimana kita semua tahu terbahagi kepada empat perkara iaitu tempat tinggal, perubatan, makan minum dan pakaian,” jelasnya.

Untuk dengarkan lebih mendalam perbincangan ini, jom dengarkan disini.

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

4 maut rusuhan keganasan di Capitol AS

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump maut dalam kejadian rusuhan keganasan di bangunan Capitol di sini, semalam. Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today7 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *