Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

‘Swab Dubur’ Dikatakan Lebih Tepat Kesan Virus Covid-19

today28 January 2021

Background

Iya, perkara ini benar-benar berlaku. Kerajaan China telah mula melakukan ‘Swab Dubur’ terhadap penduduk di kawasan yang mencatatkan kes penularan wabak Covid-19. Difahamkan kaedah tersebut dikatakan mampu mengesan virus Covid-19 lebih tepat dan berkesan.

Menurut laporan, China mula melakukan kaedah ini dengan lebih kerap apabila mereka berjaya mengesan virus Covid-19 dalam badan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dengan lebih mudah. Satu tindakan yang agak aneh dan berani tapi ia benar membantu!

Untuk pengetahuan anda, cara petugas kesihatan di China mengumpul sampel tersebut ialah dengan memasukkan putik kapas ke dalam dubur sedalam tiga hingga lima sentimeter (1.2 hingga 2 inci) dan diputar-putar beberapa kali. Setelah selesai, putik kapas itu akan dikeluarkan sebelum disimpan dalam bekas sampel. Proses keseluruhan bagi melakukan prosedur itu hanya mengambil masa 10 saat.

Tambah laporan, lebih daripada 1,000 kakitangan dan pelajar sekolah telah menjalani pelbagai ujian asid nukleik termasuk Swab Dubur dan kaedah swab dubur dipercayai telah digunakan di China sejak tahun lalu, khsusus terhadap individu yang tinggal di zon merah Covid-19 seperti Shanghai.

Selain itu, virus Covid-19 dikatakan bertahan lebih lama di bahagian dubur atau najis berbanding sampel yang diambil dari tekak dan hidung. Menurut media tempatan pula, ujian swab hidung dan tekak antara pilihan utama dan ramai memilih untuk lakukannya kerana ia mudah dan pantas untuk dilakukan berbanding swab test di dubur.

Seterusnya, difahamkan bahawa melakukan swab test di dubur tidaklah semudah seperti swab test biasa oleh itu ia hanya akan digunakan kepada individu di kawasan kuarantin utama dan kaedah ini juga sebenarnya membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu.

Apa pendapat anda sekiranya kaedah ini diimpikasikan di Malaysia? Walaupun ia kedengaran agak kelakar dan tidak logik, kerajaan China percaya ia adalah satu langkah yang lebih mudah bagi mengesan virus Covid-19 yang ada dalam badan seseorang kerana virus yang ada ditekak mampu hilang dalam masa tiga hingga lima hari. Apapun, semoga kaedah ini dapat membantu China memutuskan rantaian Covid-19 di sana.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Menangis Buat Swab Test, Lelaki Ini Nak Saman Jururawat!

BCL Ditegur Doktor Kerana Lakukan Swab Test Sendiri

 

 

 

 

Sumber: Kosmo Online

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Ambil masa setahun pulihkan ekonomi

MOHAMMAD SHAHEMY AZMI,WARTAWAN EKSEKUTIFSEMASA kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januari lalu, bayangan suasana ketika negara melaksanakan PKP kali pertama pada Mac tahun lalu menjelma. Ketika itu, seluruh rakyat Malaysia mematuhi arahan selama tiga bulan. Jalan raya lengang, pusat beli-belah kosong, kedai ditutup. Kalau ada yang dibuka sekali pun, masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP). Pada 22 Januari lalu, enam lagi negeri melaksanakan PKP... Klik untuk baca […]

today28 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *