Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tak Sedap Hati, Ibu Temui Bayinya Lemas Dalam Bilik Air

today23 November 2020

Background

Luluh hati seorang ibu apabila temui anak di dalam keadaan menyayat hati setelah lemas dalam bilik air. Pemergian anak kecilnya ini langsung tidak disangka kerana pada awalnya arwah sedang seronok bermain.

Mangsa merupakan anak kepada seorang Lans Koperal polis telah ditemukan lemas dalam bilik air di kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Seri Kembangan. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bayi berusia satu tahun sembilan bulan itu dikatakan berada di rumah bersama ibunya ketika kejadian pada 2 petang itu.

Tanda-tanda bayi lemas: Bayi 3 bulan mati lemas atas meja tukar lampin | theAsianparent Malaysia

“Bayi berkenaan dikatakan sedang bermain, manakala ibunya sedang memasak di dapur.

“Selepas melihat tiada kelibat dan bunyi mangsa, ibunya mencari bayi berkenaan.

Ibunya kemudian menemui anak tunggalnnya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air rumah dan terus meminta bantuan jiran sebelum membawa mangsa ke balai polis.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serdang, namun pihak hospital mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa sudah dibedah siasat dan dibawa ke Tumpat, Kelantan untuk dikebumikan di sana. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.

Jika anda mempunyai anak kecil di rumah, sangat disarankan untuk melakukan child-prooffing di kawasan dalam dan luar rumah untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Baca juga:

Bayi meninggal dunia dipercayai terjatuh ke dalam kolam

Kejam! Sanggup Bunuh Dua Anaknya Untuk Dapatkan Duit Dengan Menjual Organ Mereka

 

 

 

 

Sumber: HMetro

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Mangsa banjir di Raub meningkat

Raub: Jumlah penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub meningkat kepada 99 mangsa, hari ini. Ketua Zon 3 Pahang, ShahrulnizamNasir berkata, semua mangsa ditempatkan di tujuh PPS dan dibantu petugas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). "Proses pemindahan membabitkan 26 keluarga itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Raub dan polis. "Antara PPS beroperasi ketika ini ialah Balairaya... Klik untuk […]

today23 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *