Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Teman Lelaki Ditahan Kerana Merogol Bayi Perempuan Berusia 18 Bulan Sehingga Mati

today1 February 2021

Background

Satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki sanggup melakukan jenayah seksual terhadap seorang bayi berusia 18 bulan sehingga menyebabkan maut. Kejadian yang berlaku di Itali itu melibatkan lelaki bernama Gabriel Robert Marincat, 25 tahun yang merogol bayi bernama Sharon Barni. Lelaki yang juga merupakan teman lelaki kepada ibu bayi malang itu dikatakan memperkosa Sharon Barni dalam serangan seks ngeri.

Image via:https://www.hmetro.com.my/

Gabriel bagaimanapun telah ditangkap dan didakwa melakukan jenayah seksual sehingga menyebabkan kematian. Perbuatan lelaki ini sememangnya kejam dan keji, serta boleh dianggap kelakuan seolah-olah seperti binatang. Tangkapan terhadap Gabriel dilakukan selepas doktor yang memberi rawatan kepada Sharon Barni mendapati bayi itu sebenarnya didera secara seksual dan dipukul.

Tipu Pihak Berkuasa Pada Awalnya…

Sharon Barni dikejarkan ke hospital dengan kecederaan parah selepas ditemui oleh neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan pakaian yang dipenuhi muntah. Lelaki tersebut pada awalnya pula mengatakan kepada pihak berkuasa bahawa bayi malang tersebut cedera selepas menarik alat pemanas dan terkena dirinya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan sebaliknya dengan penemuan kesan deraan seksual, serta dipercyai juga dipukul. 

Image via:dailystar.co.uk/

Bayi tersebut disahkan meninggal dunia di hospital pada 11 Januari lalu dengan kesan penderaan seksual. Selain itu, hasil bedah siasat juga menunjukkan tanda kecederaan lain sebelum ini jelas berlaku dan ia dibiarkan tidak dirawat. Dalam pada itu, pasukan forensik mengatakan laporan perubatan menolak kemungkinan kecederaan yang ada sebelum ini adalah tidak sengaja. Sebelum tertangkap, suspek juga dikatakan sempat melarikan diri ke pangsapuri ibunya selepas menyedari polis mencarinya.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Bapa Durjana Rogol Anak Tiri Sebanyak 105 Kali Dijatuhkan Hukuman Penjara 1,050 Tahun!

Bentong Kali – Penjenayah Hati Kering Dan Tak Takut Mati!

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

LITRAK lancar kaji selidik kepuasan pengguna lebuhraya

Subang Jaya: Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) melancarkan Kaji Selidik Kepuasan Pengguna Lebuhraya secara dalam talian menerusi platform media sosial bagi mengumpul maklumat kepuasan pengguna lebuh raya terhadap kualiti perkhidmatan diberikan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak Sazally Saidi berkata, kajian yang dijalankan itu turut bertujuan menentukan hubungkait pengalaman pengguna lebuhraya dengan Petunjuk Pretasi... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *