Tentera Myanmar telah mengistiharkan darurat di seluruh negara berkenaan selama setahun selepas merampas kuasa setelah menahan Kaunselor, Aung San Suu Kyi dan Presiden Myanmar, U Win Myin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dari parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).
Pengisytiharan darurat telah diumumkan di TV milik tentera Myanmar, di TV Myawady iaitu satu-satu siaran penyiaran yang masih berfungsi selepas semua agensi penyiaran dan telekomunikasi disekat. Keputusan tersebut turut ditandatangani oleh Naib Presiden Pertama, U Myint Swe, yang bertugas sebagai pemangku Presiden.
Menurut laporan, pengisytiharan darurat ini dibuat selepas ketegangan dengan kerajaan awam sejak beberapa hari lalu semakin memuncak ketika sidang Parlimen dijadual bermula semalam, 1 Februari 2021.

Selepas pengisytiharan, tentera Myanmar kemudian bertindak melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Min Aung Hlaing untuk memegang tampuk pentadbiran dan menjadikan Myanmar sekali lagi sebagai kerajaan tentera. Tindakan tersebut membawa maksud segala kuasa pentadbiran, kuasa perundangan, dan kehakiman kini diserahkan kepada Jeneral Tatmadaw, Min Aung Hlaing manakala di bawahnya adalah pemangku presiden baharu, Myint Swee yang sebelum ini merupakan Naib Presiden.
Terdahulu, berlaku satu salah faham antara tentera Myanmar dan kerajaan selepas tentera menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti NLD pimpinan Suu Kyi menang besar. Sebagai informasi tambahan, sebelum Myanmar kembali ke pangkuan demokrasi dan menikmatinya selama 10 tahun, negara bumi emas itu 50 tahun dicengkam pemerintahan tentera atau junta. Malah, bapa Suu Kyi, ikon demokrasi, iaitu Jeneral Aung San juga seorang tentera.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
15 Kelab Bola Sepak Myanmar Lulus Perlesenan Kelab ACL Untuk Musim 2021, Paling Banyak Di ASEAN
Pekerja Myanmar maut dihempap kren terbalik
Sumber: MMTIMES
Post comments (0)