Mungkin ia agak menjijikkan, namun itulah hukuman yang diterima oleh seorang lelaki apabila dipaksa memakan najis manusia selepas dia mencabul seorang gadis bawah umur. Kejadian yang berlaku di Dholpur, Rajasthan itu menyaksikan suspek turut dipukul ahli keluarga mangsa yang berang dengan tindakan suspek memasuki rumah gadis itu.
Rajasthan: A man, who had allegedly molested a girl, was reportedly thrashed & forced to eat faeces in Baseri of Dholpur. Police (in pic) says, ‘His relatives say that he was called there by someone and was thrashed by 7-8 people. FIR registered and accused are being looked for.” pic.twitter.com/EIVH6wACSx
— ANI (@ANI) November 28, 2020
Selain itu, turut terdapat video yang tular di media sosial menunjukkan suspek dipukul dan dipaksa memakan najis. Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada malam Khamis lalu apabila suspek mencabul seorang gadis di sebuah rumah.
Menurut pihak polis pula, dua laporan polis sudah diterima berkaitan cabul, serta laporan mengenai penganiayaan terhadap suspek. Walaupun diselubungi dengan perasaan marah atas kejadian cabul itu, nampaknya perbuatan memukul dan memaksa suspek memakan najis adalah tidak patut.
Suspek kini ditahan atas kesalahan mencabul, manakala tujuh yang lain ditahan kerana memukul dan menganiaya lelaki tersebut.
Baca juga artikel menarik lain:
Wanita Ini Bertindak Bunuh Dan Simpan Kemaluan Kekasihnya Kerana Terlalu Cinta!
‘Gunakan i-Sinar Jika Terdesak Sahaja’ – Semak Semula Tabiat Kewangan Anda Dan Elak Berbelanja Boros
Sumber daripada: Harian Metro
Post comments (0)