Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tiada sambutan Deepavali Di Perak

today9 October 2020

Background

Tahun 2020 bukan seperti tahun sebelum di mana setiap kali tiba perayaan tidak kira perayaan Hindu, China atau Melayu pasti akan meriah dengan caranya tersendiri.

Malangnya, satu laporan mengatakan untuk tahun ini tiada sambutan Deepavali peringkat negeri diadakan pada tahun ini berikutan peningkatan kes positif wabak Covid-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber: cariangoogle

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak semalam berdasarkan situasi semasa dan mengambil kira kepentingan awam.

Bagaimanapun, acara atau program lain berkaitan perayaan itu termasuk pembukaan gerai-gerai jualan seperti kebiasaan sebelum ini masih belum dibincangkan.

“Kita ambil maklum perkara tersebut kerana peniaga perlu membuat persiapan termasuk menyediakan barang-barang jualan, jadi sebarang keputusan kita akan maklumkan segera.

“Selain itu, ini juga adalah sumber pendapatan kepada peniaga kerana gerai-gerai ini merupakan tumpuan orang ramai membeli keperluan menyambut Deepavali,” katanya.

Tidak mengapalah jika tiada perayaan. Apa yang penting kita bebas dari pandemik membunuh ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bekalan barangan keperluan di Sabah mencukupi sepanjang perayaan

KWP umum 4 konsep perniagaan semasa musim perayaan

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Pejabat Agama Daerah Klang ‘Cipta Rekod’, 118 Pasangan Bernikah Dalam Satu Hari Sebab PKPB

Menurut laporan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, walaupun ramai yang tampil, namun urusan itu berjaya diselesaikan kerana pihaknya bersedia lebih awal sebab sudah menjangkakan keadaan itu akan berlaku semalam."Alhamdulillah, 118 pasangan pengantin selamat mendirikan 'masjid'. Mereka dinikahkan secara berperingkat oleh lima Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor."Bukan luar jangka sebaliknya sejak awal lagi,... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *