Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Tolong Saya! Ayah Saya Dah Tenggelam,” – 6 Jam Terapung Tengah Laut Sendirian

today9 October 2020

Background

Mencari rezeki di tengah lautan sama seperti dengan pekerjaan tentera. Pergi keluar membanting tulang mencari rezeki untuk keluarga tapi, berjanji untuk pulang, itu tidak pasti.

Begitulah yang dilalui oleh seorang pemuda yang selamat ditemui dalam keadaan terapung seorang diri bersama pelampung botol putih di tengah laut kerana sampannya karam bersama ayahnya.

“Tolong saya. Sampan saya karam. Ayah saya dah tenggelam,” – rintihan mangsa.

Menurut saksi, Mohd Sufi, dia dan rakannya rasa amat bersyukur kerana sempat menyelamatkan nyawa seorang nelayan ketika ingin pulang ke darat kira-kira jam 4.50 petang.

Mangsa yang dikatakan dari Tanjung Sepat, Kuala Langat hanyut dan terapung seorang diri di perairan batu laut selama 6 jam.

Malangnya, ayah mangsa yang tenggelam bersama sampan sejak jam 10 pagi semalam masih lagi belum ditemui.

Saksi turut melaporkan menerusi posting Facebook miliknya, mangsa tidak mempunyai apa-apa kecederaan selepas diperiksa oleh pihak perubatan.

Dalam masa yang sama dia meminta orang ramai mendoakan ayah mangsa ditemui dalam masa terdekat ini.

Video berdurasi 3 minit 11 saat ini menunjukkan situasi getir ketika menemui mangsa dalam keadaan tidak bermaya bersama pelampung botol putih dan merintih meminta pertolongan.

https://www.facebook.com/100002892654627/videos/pcb.3084315145008210/3084313241675067/

 

Tiada siapa dapat menyangka apa akan terjadi kepada kita tentang masa hadapan. Sesungguhnya, ajal maut itu adalah ketentuan Tuhan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

Hampir lemas di Taman Tasik Taiping

Nelayan dikhuatiri lemas

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *