Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Train Jalan Raya, Rakyat Johor Menjadi Yang Pertama Merasa Pengangkutan Awam Baru

today22 January 2021

Background

Walaupun dunia sedang mengalami serangan pandemik COVID-19, itu bukan menjadi penghalang dunia teknologi menjadi terhad untuk berkembang.

Kini, sistem pengangkutan juga berkembang selaras dengan era teknologi, semakin hebat kenderaan berenjin yang dicipta. Begitulah syarikat Mobilus Sdn Bhd yang menyambut kedatangan sistem transit cepat automatik (ART) pertama ke Johor.

Sistem ini dikatakan program ujian percubaan bas yang akan dilancarkan di Iskandar Malaysia pada suku pertama 2021.

Image

Secara tidak langsung, Iskandar Malaysia menjadi bandar pertama di Malaysia & Asia Tenggara yang menguji sistem Autonomous Rapid Transit (ART) ini. Bestnya penduduk Johor!

Bagi yang tidak tahu, kenderaan ART ini ibarat “gabungan” antara bas, tren & tram. Ciri-ciri teknologi pada ART ini mempunyai sensor yang boleh membaca trek di jalan raya, sekaligus membolehkannya untuk mengemudi laluannya sendiri secara automatik.

Image

Malah, kenderaan ART juga mampu bergerak sehingga 70 km/j dan membawa lebih 300 penumpang dengan 3 gerabak!

Untuk fasiliti di stesen dan terminal ART ini boleh dikatakan lengkap dengan adanya surau, lif, kedai serbaneka, tandas, mesin tiket dan banyak lagi kemudahan disediakan.

Bagaimanapun, untuk fasa pertama ART akan bergerak sejauh 51 kilometer sebanyak lebih 30 stesen di sekitar Johor.

Image

Rasa tak sabar pula nak tengok kenderaan ART ni lalu di atas jalan raya nanti.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kemudahan Sistem Self Scan, Rakyat Malaysia Cukup Jujur Tak?

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 berkuat kuasa 23 Oktober

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Dah Macam Poket Doraemon!”

Menerusi video berdurasi hampir 2 minit itu, wanita itu yang kantoi mencuri dilihat sedang ditahan oleh seorang pengawal keselamatan wanita.Pengawal itu sedang mengeluarkan barang-barang yang dicuri oleh wanita tersebut dengan menyeluk ke dalam seluar dan bajunya.Apa yang membuatkan ramai menggaru kepala apabila pengawal itu mengeluarkan pelbagai barang dalam pakaian wanita itu yang tidak habis-habis seolah-olah seperti poket Doraemon ajaib.Barang-barang yang dicuri pula bukannya... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *