Takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan pesawat terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas baru sahaja berlepas dari Jakarta. Berita ini amat mengejutkan bukan sahaja rakyat Indonesia malah rakyat Malaysia sendiri masih terkesan dan teringat akan peristiwa pesawat MH370 hilang dari radar terdahulu. Bersamalah kita menghormati hari berkabung Indonesia.
Menurut laporan sebelum ini, pesawat berkenaan yang sedang menuju ke Pontianak dilaporkan terhempas selepas 4 minit berada di atas udara. Kini, sedikit demi sedikit cebisan pesawat, barangan penumpang dan mangsa-mangsa telah dijumpai dalam misi pencarian yang telah dilaksanaakan sejurus selepas ia hilang dari radar. Baru-baru ini, pihak berkuasa Indonesia kemudiannya mengeluarkan senarai nama 62 mangsa yang merupakan penumpang dan kabin krew pesawat SJ182 jenis Boeing 737 kepada orang ramai.

Ramai waris mangsa mula tampil untuk menuntut apa yang perlu tetapi lain pula kisah seorang gadis ini apabila dirinya terkejut apabila namanya ada dalam senarai mangsa penerbangan Sriwijaya Air. Kalau kejadian ini berlaku pada diri kita, bukan sahaja kita terkejut mungkin ahli keluarga kita sendiri panik melihat nama kita tersenarai. Perkara hidup dan mati bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.
Menurut laporan yang dikongsi oleh media Indonesia, gadis tersebut bukan sahaja tidak menaiki pesawat tersebut, malah dia langsung tidak membeli apa-apa tiket penerbangan. Gadis yang bernama Sarah Beatrice Alomau berusia 19 berasal dari Nusa Tenggar Timur tampil bersama peguamnya menegaskan bukan dirinya yang terlibat dalam kemalangan itu.
Menurut Wakil Ketua Dewan Pimpinan Pusat, Forum Komunikasi Masyarakat (FKM), Fridrik Makanlehi, Sarah hanya menyedari perkara tersebut selepas melihat namanya tertera di kaca TV sebagai salah seorang mangsa korban pesawat berkenan. Peguam yang mewakili Sarah mengatakan Sarah mengesyaki identitinya telah digunakan oleh seorang rakan untuk menempah tiket penerbangan tersebut dan pergi menggunakan identitinya.
Tambah Sarah, dia tidak pasti bagaimana rakanya itu boleh menggunakan identitinya kerana kad pengenalannya masih bersama Sarah. Kini, ada pihak yang menyoalkan bagaimana pengguna identiti Sarah berjaya melepasi prosedur pemeriksaan penumpang walhal dia menggunakan nama individu lain.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Lihat Apa Kapten Sriwijaya Air Lakukan Sebelum Pesawat Terhempas
Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas
Sumber: HMetro
Post comments (0)